12 Sikap Ini Hanya Ada Pada Orang Yang Berjaya Sahaja!

14935
1
SHARE

Pernah terfikir tak apa yang menyebabkan seseorang itu berjaya?  Apa beza dengan orang yang berjaya dengan yang tidak berjaya?

Mereka sama manusia, tapi apa yang buatkan seseorang itu boleh berjaya?

Pakar motivasi terkenal, Azizan Osman kongsikan 12 sikap istimewa yang hanya ada pada orang yang berjaya sahaja.

1. Bersyukur

Orang berjaya sentiasa bersyukur.  Tak kira samada apa yang mereka usahakan mencapai sasaran atau tidak, mereka tetap bersyukur.  Apabila bersyukur, lebih banyak perkara baik akan datang.

2. Membina keyakinan

Orang berjaya akan membina keyakinan mereka dengan mendapatkan ilmu dan pengetahuan yang secukupnya tentang sesuatu perkara.

3. Tidak membanding-bandingkan diri sendiri

Orang yang berjaya akan menerima kekurangan diri sendiri sebaiknya dan cuba memperbaikinya.

4.  Suka membantu orang lain

Ini memang susah! Orang yang berjaya akan sentiasa mencari jalan menggunakan kelebihan mereka untuk menambah nilai hidup orang lain.

5. Memupuk perhubungan sosial

Jarang kita dapat lihat, orang yang berjaya tidak suka bercampur-gaul dengan orang lain. Orang yang berjaya mudah untuk membina perhubungan positif terutama di dalam persekitaran yang baik dan positif.

6. Mempunyai strategi sendiri

Orang berjaya tidak mengambil pendekatan hentam sahaja dalam melakukan sesuatu terutama perkara-perkara besar. Disamping itu, mereka juga mempunyai strategi untuk menerima kegagalan.

7. Memaafkan

Orang berjaya sentiasa memaafkan orang lain dan tidak menyimpan dendam.  Bagi mereka, dendam boleh membinasakan.  Dendam adalah perasaan negatif yang boleh menjadi racun dalam diri.

8. Menambahkan pengalaman

Setiap perkara baru yang mereka lakukan, pasti ada halangan dan setiap kali mereka mengatasi halangan-halangan mereka mencipta kejayaan baru.

9. Menikmati kehidupan

Orang yang berjaya selalu mengelilingi diri mereka dengan perkara-perkara yang membawa kegembiraan kepada mereka.

10. Komitmen yang tinggi untuk mencapai impian

Mereka akan Pastikan mereka capai apa yang mereka mahukan dalam tempoh masa yang ditetapkan.  Mereka juga mempunyai disiplin diri yang kuat.

11.  Menjaga kesihatan

Orang yang berjaya akan mengambil langkah sebaiknya untuk menjaga kesihatan. Ini adalah penting! Kesihatan yang baik juga sebenarnya suatu kejayaan.

12. Menjaga perhubungan dengan Allah swt

Orang yang berjaya bukan sahaja mengejar kejayaan di dunia tetapi juga kejayaan di akhirat.  Mereka yakin, bahawa Allah yang memberikan mereka kemampuan untuk berusaha dan menganugerahkan mereka dengan kejayaan dan juga Allah boleh menarik balik segala anugerah tersebut sekelip mata.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here