Ramadhan

4 Manfaat Solat Tarawih Yang Ramai Tak Tahu

Bulan Ramadhan antara bulan yang paling di tunggu-tunggu oleh umat Islam. Setiap perbuatan dan ibadah yang dilakukakn di bulan Ramadhan akan dilipatgandakan.

Biasanya kita hanya menjalankan solat wajib 5 waktu. Bulan Ramadhan ini lah kita patut kutip pahala dengan mengerjakan solat sunat Tarawih.

Walaupun jumlah rakaatnya banyak, namun ternyata solat Tarawih mempunyai manfaat luar biasa untuk kesihatan tubuh kita.

1. Meningkatkan Kecergasan Fizikal

Ramai tak tahu, solat Tarawih mampu meningkatkan daya tahan tubuh, stamina dan kekuatan fizikal. Ia sama seperti aktiviti berjoging atau berjalan.

2. Meningkatkan kekuatan otot & tulang

Solat Tarawih baik untuk warga tua. Ketika melakukan gerakan berulang sewaktu solat, kekuatan otot dan sendi akan meningkat. Ia juga sebagai tetapi untuk mencegah Osteoporosis.

3. Membantu Mengawal Berat Badan

Solat membuatkan tubuh kita banyak bergerak dan ia mampu mengawal berat badan dan membakar kalori.

4. Membuatkan hati lebih tenang

Solat memerlukan banyak gerakan tubuh, ia sekaligus melancarkan peredaran darah. Solat juga dapat menurunkan tekanan darah dan buatkan fikiran lebih tenang.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2017 Rotikaya Media Sdn Bhd

To Top