4 Sebab Lee Kwang Soo Digelar ‘Asia Prince’

21712
3
SHARE

Baru-baru ini, bintang Running Man Lee Kwang Soo memenangi Anugerah Pencapaian Terbaik di 2016 SBS Entertainment Awards.

Apa yang pasti dia sememangnya layak memenangi anugerah tersebut kerana sifatnya yang bukan saja kelakar, malah seorang yang merendah diri.

Advertisement

Rasanya semua tahu bahawa Kwang Soo digelar sebagai ‘Asia Prince’. Tapi kenapa dia mendapat gelaran tersebut?

Ini antara sebab kenapa Lee Kwang Soo merupakan ‘Asia Prince’ yang sebenar!

1. Seorang yang semula jadi lucu & kelakar

Kalau anda menonton rancangan Running Man, Kwang Soo boleh buat orang ketawa tanpa perlu buat lawak pun. Ini antara kelebihan semula jadi yang tidak semua orang miliki.

2. Seorang yang semula jadi pandai menari

Kwang Soo sebenarnya dilahirkan dengan kebolehan pandai menari. Bukan itu je, dia juga terkenal dengan tarian yang menakjubkan. Apa yang pasti tariannya sentiasa menghiburkan penonton.

3. Pelakon yang hebat

Jika anda pernah menonton drama lakonannya, Kwang Soo pernah memainkan pelbagai watak. Antaranya watak sebagai gengster bertukar menjadi pemain hoki. Kwang Soo juga hebat memainkan watak sebagai lelaki ikan.

4. Seorang yang baik & rakan yang baik

Lee Kwang Soo terkenal dalam Running Man sebagai seorang pengkhianat, tetapi dalam dunia realiti, dia adalah seseorang yang mengambil berat terhadap orang di sekelilingnya.

3 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here