5 Bahagian Pada Tubuh Badan Lelaki Yang Menjadi Perhatian Wanita!

5070
1
SHARE

Kalau lelaki inginkan pasangan yang cantik, seorang yang pembersih dan wangi, wanita pun inginkan perkara yang sama juga.

Tapi, lelaki kurang peka dengan 5 bahagian ini. Kononnya tak macho la kalau jadi pembersih dan wangi.

Mungkin si lelaki tak perasan, wanita ni bukan je melihat pada penampilan je, tapi mereka juga jenis yang sangat teliti sehingga bahagian-bahagian ini juga mereka perasan.

1. Bulu hidung

nasenhaare-01_zps9a8f5df6

Perkara ini sering diabaikan oleh kaum lelaki. Kadang-kadang bulu hidung terkeluar pun tidak perasan. Sekarang ni banyak dah cara dan peralatan untuk membuang bulu hidung. Rajin-rajin la belek dan buang bulu hidung terkeluar tu. Tak ada selera nak tengok.


2. Kening

2

Bulu kening bersepah buatkan rupa anda yang kacak jadi serabut. Kalau boleh kemas  bulu kening tu. Jangan ingat lelaki tak perlu jaga semua tu. Sikat bulu kening setiap hari untuk pastikan ianya kemas tersusun.


3. Bulu-bulu halus sekitar telinga & tengkuk

3

Lelaki selalu lupa nak bersihkan bulu halus sekitar telinga dan tengkuk. Kalau nak gunting rambut, jangan lupa minta tukang gunting bersihkan bulu-bulu halus tersebut. Tak ada la anda nampak macam beruang berbulu.


4. Kuku tangan dan kaki

4

Kebanyakan lelaki suka biarkan kuku panjang dan kotor. Eeuww..ia menunjukkan anda ni seorang yang pengotor. Bukan susah sangat pun nak potong kuku. Berapa sen je la pengepit kuku tu cik abang oi.


5. Gigi

5

Tidak mengapa jika anda mempunyai gigi yang tidak rata dan kurang putih. Tapi jangan la sampai malas nak berus gigi sehingga banyak plak melekat pada gigi. Hilang selera terus tengok gigi macam tu.

 

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here