5 Cara Nak Tahu Pakaian Anda Beli Berkualiti Atau Tak

1093
1
SHARE

Pakaian memang keperluan semua orang. Tapi disebalik keperluan ada keinginan untuk beli baju yang cantik.

Ada orang suka beli yang murah asalkan cantik. Ada orang suka beli baju yang mahal. Tapi apa yang penting sebenarnya adalah kualiti.

Advertisement

Tapi macam mana nak tahu pakaian tu berkualiti?

1. Lihat pada label

Pastikan anda periksa dulu label pada baju yang anda nak beli. Ada yang dilabel sutera tapi sebenarnya bukan 100% sutera asli.

2. Warna pada pakaian

Suka pakai handbag berwarna atau baju bercorak? Hati-hati jika ada warna putih sebelah bahagian bercorak, ada kemungkinan warna tersebut akan bergesel pada bahagian putih jadi hati hati.

3. Jangan tertipu dengan perincian

Untuk elak nampak kecacatan pada jahitan atau kualiti pakaian, selalunya mereka akan cover dengan perincian yang sarat. Bila perincian sarat tentulah tak tahan lama kan sebab mudah tercabut.

4. Lihat gabungan pada cetakan pakaian

Kalau nak tahu sesuatu pakaian yang ada cetakan penuh dibuat dengan bagus atau tidak, lihat pada bahagian luar dan dalam. Jika sama, maknanya ia dibuat dengan teliti dan bagus.

5. Pastikan ia tak tercarik

Beli baju mestilah nak pakai lama kan? Tapi kalau dah masa kat rak lagi ada yang tercarik, nampaknya pakaian tersebut memang tak berkualiti lah

Kredit: Era.fm

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here