5 Jenis Kawan Yang Buat Kita Meluat, Tapi Tak Tahu Nak Tegur Macam Mana!

1350
1
SHARE

Dekat dunia ni ada berbagai jenis orang dan ragamnya. Ada yang okay dan ada yang menjengkelkan.

Hurm tapi kalau dapat kawan yang menjengkelkan dan buat kita meluat, macam mana nak tegur eh?

Advertisement

Kalau tegur macam tu je, terasa pulak nanti. Tak pasal-pasal bergaduh.

Hah..kami akan kongsikan cara terbaik untuk anda menegur kawan-kawan anda tu tanpa mereka terguris hati!

1. Kawan ada bau badan

anigif_enhanced-buzz-30541-1395682563-8

Susahnya nak tegur kalau ada kawan yang ada masalah bau badan.

Jangan la pakai sembur je tegur. Kena ada cara! Perkenalkan la sabun antibakteria atau sabun yang wangi-wangi untuk mereka. Tak pun hadiahkan pada mereka. Tak ada la mereka terasa kan!


2. Kawan hangat bercinta

1428937370-syn-603-1428503094-annoying-couples-8

Kalau satu kumpulan dengan mereka yang hangat bercinta memang tak tahan sebab kerja akan terganggu.

Cara mudah, tegur mereka secara rawak, sebagai contoh, “Korang ni bila nak kahwin, aku tak sabar nak makan nasi minyak.” Comfirm deorang terasa. Kalau teruk sangat, buat aduan agar salah seorang dari mereka di tukarkan ke kumpulan lain.


3. Kawan tikam belakang

tumblr_m9ytchPKhs1rweeyvo1_500

Stressnya kalau dapat kawan macam ni. Kalau mereka ni suka buat cerita pasal orang lain, tak mustahil mereka akan buat cerita tentang anda juga.

Tips mudah, jauhkan dari mereka yang talam dua muka ni! Habis cerita!


4. Kawan menganggur

landscape_1423777905-30-yesrock

Ni yang paling tak best. Bila ada kawan yang menganggur ni, sikit-sikit datang rumah mintak makanan. Mintak pinjam itu pinjam ini.

Cara mudah adalah dengan membantu mereka untuk mencari kerja. Bukan susah pun kan. Sekarang ni semuanya online. Duduk sama-sama dan bantu mereka.


5. Jenis pinjam duit

rs_500x270-140627161550-2-broke-girls-bff-broke-friend-forever

Memang paling tak best kalau dapat kawan jenis pinjam duit je. Kalau jenis bayar balik takpe. Ni nak bayar balik pun payah.

Kalau tegur takut dia cakap kita kedekut. Paling senang cakap dengan kawan anda tu macam ni, “Aku nak bagi duit aku dekat mak dengan ayah aku. Kesian deorang dah besarkan aku. Sekarang aku tak ada duit dah.” Confirm deorang tak mintak dah!

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here