5 Perkara Yang Membuktikan Orang Melayu Lebih Pentingkan Adat Dari Ibadat!

1938
0
SHARE
Gambar hiasan

Kebanyakan orang Melayu sekarang apabila melangsungkan perkahwinan, mereka hanya mementingkan adat dan tidak mementingkan ibadat.

Minta maaf la jika kritikan ini pedas. Jangan la nak harapkan hubungan kekal lama kalau abaikan tanggungjawab ibadat.

1. Pengantin mekap seawal 11 pagi, nak solat Zuhur habislah mekap nanti

Ini salah satu masalah orang Melayu. Masa buat majlis bersanding mak andam datang pukul 11 dah start mekap. Waktu Zuhur pukul 1:30. Habislah mekap nanti kalau ambil wudhuk. Jawapannya dengan sangaja tertinggal solat Zuhur.

2. Mak andam yang separa alam, bersentuhan tetap haram

Kebanyakan mak andam sekarang ramai yang separa alam. Tak dapat dikenal pasti sama ada lelaki atau wanita. Apabila bersentuhan maka jatuhlah hukum haram.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

3. Pengantin diarak masuk majlis ketika solat Zuhur

Cuba pergi kenduri kahwin orang Melayu. Pukul 1:30-2:00 petang adalah waktu dimana pengantin akan diarak masuk. Habis riuhla kompang dan lagu. Solat Zuhur entah ke mana.

4. Dah tahu nak masuk waktu Zuhur, terus je pakai baju pengantin

Apa salahnya dah tahu nak masuk waktu Zuhur tunaikan mana yang wajib dahulu. Ini tidak, terus sarung je baju pengantin yang ketat.

Gambar hiasan
Gambar hiasan

5. Pakai tudung, tapi baju pengantin lagi ketat lagi bagus

Ramai yang nama je Islam tapi bila bab berpakaian tak nampak seperti yang sepatutnya. Baju pengantin tu kalau boleh lagi ketat lagi bagus. Maka bergembiralah kaum Adam yang bukan muhrim melihat bentuk badan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here