5 Tabiat Buruk Ini Sebenarnya Baik Untuk Kesihatan!

1189
0
SHARE

Mungkin ramai menyangka tabiat buruk seperti menggigit kuku, tak mandi dan tidak memberus gigi selepas makan beri kesan buruk pada kesihatan.

Namun menurut kajian dan beberapa pakar kesihatan mendapati, tabiat buruk yang anda selalu lakukan sebenarnya beri manfaat pada kesihatan.

Ini antara 5 tabiat buruk yang beri kesan baik kepada kesihatan manusia!

1. Menggigit kuku

Ramai yang anggap menggigit kuku adalah tabiat buruk tapi masukkan jari ke dalam mulut sebenarnya membantu meningkatkan sistem pertahanan badan.

Kita terlalu takut dengan bakteria tetapi bakteria itu sahabat kita. Lebih banyak kita berhubung dengannya, lebih kebal badan kita.

2. Mengelak mandi

Tiada pakar menyarankan agar kita tidak mandi langsung tetapi mandi menggunakan air panas dan lama pula boleh menanggalkan minyak di kulit yang boleh melindungi anda.Tabiat tidak mandi sebenarnya membantu memulihkan kulit.

3. Terlupa berus gigi selepas makan

Tabiat malas memberus gigi akan membuatkan orang di sekeliling anda berasa kurang selesa tetapi ia baik untuk kesihatan mulut.

Jika anda memberus gigi sebaik sahaja selepas makan, anda mungkin menolak asid yang terhasil dari makanan mengalir ke lapisan dalam gigi, ia mempercepatkan lagi proses hakisan gigi.

4. Tidak kerap cuci tangan

Kajian mendapati, tiada mudarat jika tidak mencuci tangan sebelum makan kerana ia akan menambah jumlah bakteria dan ia sesuatu yang positif.

Ketika anda bersihkan tangan pun, sinki dan paip tersebut juga tercemar dengan bakteria.

5. Mengelak pembasmi kuman

Prof Spector juga berkata iklan sering mengingatkan agar semua kuman perlu dibasmi tetapi mereka lupa manusia tidak tinggal di persekitaran yang 100 peratus bersih.

Kajian mendapati, pembasmi kuman mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan alahan dan melemahkan sistem kekebalan badan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here