6 Cara Mudah Kalau Nak Cepat Jadi Boss!

4605
0
SHARE

Siapa yang tak nak jadi bos? Semua orang kalau boleh simpan impian nak jadi bos dan mengarah orang sana sini. Betul tak?

Haa..kalau korang nak jadi bos, kenalah buat kerja macam korang ni seorang bos. Latih diri anda daripada sekarang.

Advertisement

Buat 6 cara ini, mana tahu tak lama lagi korang dapat duduk tempat bos nanti!

1. Tanya soalan susah

Tak salah nak berdebat dengan bos, tapi jangan sampai terperangkap dengan soalan sendiri dan buat bos nampak kesilapan anda pula. Bangkitkan isu tentang kerja dengan bijak!

2. Kendali keutamaan

Setiap seribu satu kerja, mesti ada satu benda perlu diselesaikan dengan cepat. Jadi, kalau nak jadi bos, anda kena dahulukan mana yang penting dan buat senarai supaya kerja lebih teratur.

3. Ambil inisiatif

Rajin-rajin tunjuk muka pada bos dan tanya sama ada perlukan bantuan atau tidak. Bukan membodek okay. Cukup sekadar bertanya dan bantu majikan seboleh mungkin.

4. Sentiasa positif & jangan tunjuk diri lemah

Ini masalah orang sekarang. Bila idea kena reject mula la rasa kecewa. Nak jadi bos kena berfikiran positif, kalau tak syarikat boleh gulung tikar.

5. Nilai diri sendiri

Setiap individu tahu kemampuan masing-masing. Jika belum masanya untuk anda naik pangkat atau jadi bos, mungkin anda boleh perbaiki kualiti kerja anda.

6. Pakai macam bos

Kalau nak jadi bos, kena berpakaian seperti bos. Kalau anda risau gaya anda tu nampak over, pakai sesuatu yang kemas, kuku kena bersih, rambut terurus, confirm nampak lebih berkeyakinan!

SUMBER

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here