6 Khasiat Hebat Kimchi Yang Ramai Tak Tahu!

1092
0
SHARE

Kimchi adalah makanan tradisional Korea, salah satu jenis sayur jeruk yang diperap bersama garam, gula, udang kering, sos ikan, bawang putih, halia dan serbuk cili merah.

Tapi apa yang anda tak tahu tentan Kimchi ialah ia merupakan salah satu daripada 5 ‘makanan tersihat’ di dunia, menurut majalah Health Magazine.

Kami ingin kongsikan 6 khasiat dan sebab kenapa anda perlu makan kimchi.

1. Mengandungi Probiotik

Untuk pengetahuan anda, kimchi yang dijeruk mengandungi bakteria yang baik atau probiotik yang membantu pencernaan. Selain itu, probiotik juga berfungsi melawan pelbagai jangkitan penyakit.

2. Melambatkan Penuaan

Kimchi yang diperam selama dua minggu mengandungi antioksidan yang mampu menyamarkan penuaan pada kulit. Selain itu, kimchi membantu menyihatkan kulit dan rambut serta mengurangkan kedutan wajah. Tidak hairanlah orang Korea memiliki kulit yang cantik dan kelihatan lebih muda dari usianya.

3. Membantu Menurunkan Berat Badan

Penggunaan cili merah dengan banyak dalam kimchi juga sering disebut-sebut baik untuk kesihatan, capsaicin yang terdapat dalam cili dapat meningkat kadar metabolisme. Dan kimchi yang memiliki bakteria baik, elok untuk mengurangkan rasa keinginan makan dengan mengurangi kadar gula pada darah.

4. Menghindar Kanser Perut

Kobis China dan lobak putih yang digunakan dalam pembuatan kimchi mengandungi bahan seperti isocyanate dan sulfide baik untuk menyingkirkan logam dalam hati, usus kecil dan buah pinggang.

5. Menurunkan Kolesterol

Bawang putih yang terdapat dalam kimchi mengandungi allicin dan selenium yang dapat membantu menurunkan kolestrol dalam darah dan juga mengurangkan risiko penyakit angin ahmar dan penyakit kardiovaskular.

6. Meningkatkan Daya Tahan Badan

Menurut kajian kimchi menyebabkan sel-sel sistem imun menjadi lebih aktif dan menghasilkan lebih banyak antibodi. Diet tinggi kolestrol dengan kimchi menghasilkan 75% aktiviti sel imun, berbanding cuma 55% untuk diet tinggi kolestrol dan 68% untuk diet biasa.

SUMBER

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here