6 Perkara Lelaki Mahukan Pada Malam Pertama

8954
1
SHARE

Hujung tahun ni memang banyak la pasangan yang mendirikan rumahtangga. Maklumlah cuti sekolah dan jemputan kenduri sana sini.

So, untuk pengantin baru terutama wanita, anda kena ambil tahu 6 perkara ini.

Advertisement

Walaupun penat dengan kenduri dan rasa nak terus tidur je, jangan sesekali abaikan malam pertama anda sebagai suami isteri.

Kami senaraikan 6 perkara yang lelaki inginkan pada malam pertama.

1. Terus beraksi

Bukan gelojoh okay. Walaupun keluarga dan saudara mara sibuk berborak dan bergelak ketawa, biarkan saja. Si dia mahukan masa berdua-duaan dengan anda dan terus ke bilik.

2. Pandangan menggoda

Apabila si dia sudah bersedia di kamar untuk malam pertama kalian, apa yang diimpikan olehnya adalah raut wajah anda yang menggoda. Jangan risau. Reaksi tersebut akan muncul dengan semula jadi.

3. Lingerie seksi

Hangatkan malam pertama anda dengan sesuatu yang eksotik dan lebih istimewa. Jadi, pakai lingerie seksi dan menggoda. Pasti si dia rasa tak akan cari lain punya.

4. Aksesori

Jangan hanya pakai lingerie sahaja. Ia agak membosankan. Sebaiknya tambah sedikit aksesori lain untuk naikkan mood berahi seperti kasut tumit tinggi, barang kemas dan pewarna kuku. Lelaki sukakan wanita memakai item sebegini.

5. Kejutan

Tidak salah untuk kamu lakukan research terlebih dahulu sebelum malam pertama. Kejutkan dia dengan momen “Wow! Apa tu?” untuk beritahunya bahawa sepanjang hidup kamu berdua, sesi di kamar akan jadi lebih hebat dan menarik daripada yang dia boleh bayangkan.

6. Sempurnakan malam pertama dengan sebaik mungkin

Setelah selesai sesi di kamar, luahkan bagaimana terujanya malam kalian dan ucapkan kata-kata manis sebagai tanda ini adalah satu permulaan baik untuk hidup kalian bersama buat selama-lamanya.

Kredit: Cosmopolitan.my

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here