7 Tanda Suami Sudah Mula Jemu Dengan Isteri

29370
1
SHARE

Setiap pasangan mengharapkan rumah tangga kekal hingga ke akhir hayat.

Namun, perasaan isteri sangat sensitif. Isteri merasakan perubahan sikap suami adalah tanda mereka sudah mula jemu.

Nampak seperti masalah kecil, 7 perkara ini adalah tanda-tanda suami sudah mula jemu dengan isteri.

1. Suami dah tak sporting macam dulu

Dulu cukup bahagia kerana suami begitu ‘sporting’. Apa yang anda masak suami makan. Apa yang anda cakap suami dengar. Sekarang dah lain sangat, semuanya tak kena

2. Semuanya nampak tak kena di mata suami

Suara isteri bercakap, gaya isteri berjalan, lauk yang isteri masak dan macam-macam lagi semuanya tidak menyenangkan hatinya.

3. Balik rumah je marah-marah

Suami tidak lagi ‘sporting’ tetapi sekarang begitu keras dan tegas dengan isteri. Rumah tu bukan syurga dah baginya. Bila di tanya je melenting.

4. Selalu balik lambat

Suami semakin jarang di rumah. Ada saja alasan untuk balik lewat dari pejabat atau sentiasa mencari peluang untuk keluar ‘outstation’. Kalau dah sampai tahap macam ni, rumah tangga dalam bahaya.

5. Keluar pun sorang-sorang tak ajak isteri

Sebelum ini jika suami mahu pergi ke mana-mana pasti ajak isteri ikut bersama. Bahagia sungguh waktu itu. Tetapi sekarang sudah tidak mengajak isteri bersama.

6. Handphone dah ada password

Masa mula-mula kahwin, handphone adalah harta bersama. Bila ada masalah, handphone yang dulu tidak ada password sekarang ada password yang kuat. Mungkin ada sesuatu mereka lakukan di belakang anda.

7. Dah mula pandang perempuan lain

Bila lelaki dah mula pandang perempuan lain, memang sah mereka dah mula jemu dengan anda. Masalah isteri sekarang, di luar je jaga penampilan. Tapi dirumah macam pontianak. Rasanya, masa mula-mula kahwin tak macam tu.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here