8 Kebaikan Jika Anda Berhenti Upload Gambar ‘Selfie’!

9852
0
SHARE

Siapa yang tak suka berselfie? Mesti ramai yang tak nak mengaku!

Sebenarnya selfie ni beri kesan buruk pada diri kita. Contohnya, buatkan anda hilang keyakinan diri. Mana taknya, kalau dah pakai filter berlapis-lapis, macam mana nak berdepan dengan orang ramai.

Advertisement

Jadi, bagi mereka yang suka sangat berselfie, 8 perkara yang akan terjadi jika anda berhenti muat naik gambar selfie anda!

1. Imej anda lebih sihat

Selalu berselfie buatkan anda tidak rasa puas dengan penampilan dan paras rupa. Anda akan obses nak nampak lebih cantik. Jadi, jika anda kurangkan selfie, anda lebih yakin dengan diri anda.

2. Tiada lagi yang akan mengkritik

“Eh kenapa muka kau licin sangat tak ada jerawat? Ni mesti edit ni!”

Bila post gambar selfie je, mesti ada yang mengkritik. Bila ada yang mengkritik, ia buatkan anda rasa rendah diri dan tertekan.

3. Emosi & mental jadi lebih baik

Penggunaan media sosial yang berlebihan sering dikaitkan dengan masalah emosi dan mental. Anda mungkin tak perasan, tapi mesti ada diantara anda yang cemburu dengan kelebihan orang lain.

4. Hubungan anda bersama teman & pasangan jadi lebih baik

Asal jumpa je sibuk nak selfie, kalau kawan tu tak suka macam mana? Kalau yang dah kahwin tu, tak tahu nak jaga batas-batas masa berselfie.

5. Hidup anda jadi lebih baik

Bila post gambar selfie, anda hanya mengharapkan komen yang positif dan mendambakan pujian. Jika ada yang mengutuk, mesti rasa kecewa kan? Jadi, berhenti berselfie, hidup jadi lebih baik.

6. Anda rasa lebih yakin

Percaya tak, melalui komen dan media sosial, anda boleh hilang keyakinan diri dan rasa takut untuk berdepan dengan orang ramai? Jadi, tanpa komen negatif, anda akan lebih yakin.

7. Tak rasa cemburu dengan kelebihan orang lain

Bila kita selalu post gambar selfie, kita nak jadi lebih baik dari orang lain dan akan rasa cemburu dengan kelebihan orang lain. Selfie ni boleh jadi taksub dan merosakkan diri.

8. Anda lebih faham definisi cantik

Bila kita selalu post gambar selfie, kita nak jadi lebih baik dari orang lain dan akan rasa cemburu dengan kelebihan orang lain. Selfie ni boleh jadi taksub dan merosakkan diri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here