8 Pelakon Malaysia Yang Menceburi Bidang Nyanyian

7116
0
SHARE

Kebanyakan selebriti yang memulakan kerjaya sebagai penyanyi pasti akan terjun ke bidang lakonan. Tiada masalah bagi seorang penyanyi untuk bergelar pelakon kerana bakat lakonan boleh diasah.

Tapi bagaimana pula jika seorang pelakon menceburi bidang nyanyian? Seorang penyanyi perlu miliki suara yang merdu semula jadi.

Kami senaraikan 8 pelakon yang menceburi bidang nyanyian. Korang nilailah sendiri sama ada mereka ni boleh menyanyi atau pun tidak!

1. Fazura

Memulakan kerjaya sebagai hos rancangan televisyen dan bergelar pelakon, Fazura bertukar angin terjun dalam bidang nyanyian dan merakamkan single sulungnya, “Sayangi Dirimu”. Ramai berpendapat Fazura tidak boleh menyanyi dan lebih baik fokus pada lakonan sahaja.

2. Janna Nick

Siapa sangka Janna Nick juga terjun dalam bidang nyanyian dan lagu single “Mungkin Saja” menjadi kegemaran anak muda masa kini.

3. Amyra Rosli

Pelakon cantik manis ini juga berjinak-jinak dalam bidang nyanyian. Lagu ‘Ada Saja’ nyanyiannya bersama WARIS diterima ramai.

4. Fatiya Latif & Shukri Yahya

Kalau korang masih ingat lagi dengan lagu “Tak Pernah” OST drama bersiri ‘Dia Isteri Luar Biasa’ , gandingan Fatiya dan Shukri Yahya memang menjadi.

5. Syamsul Yusof

Bukan saja seorang pengarah filem, malah dia juga penulis lagu dan penyanyi. Lagunya ‘Kalah Dalam Menang’ bersama Mawi memang cukup beri kesan pada sesiapa yang mendengar.

6. Diana Danielle

Orangnya cantik dan berbakat dalam besar dalam bidang lakonan. Tapi ramai yang tak tahu Diana sudah lama menceburi dalam bidang nyanyian. Paling terbaru, Diana muncul dengan lagu “Tentang Kita”.

7. Elizad Sharifuddin

Tahun lalu Elizad muncul sebagai juara Gempak Superstar, sebuah siri tv realiti berkonsep pelakon yang ada bakat menyanyi di mana beliau muncul sebagai juara. Elizad pernah berhasrat untuk jadi menyanyi & lagu “Haiyaya” merupakan single pertamanya.

8. Nora Danish

Paling terbaru, Nora Danish sudah puas berlakon dan ingin menonjolkan bakat nyanyiannya pula. Nora bakal muncul dengan single duet berjudul “Ini Lagi Boom” bersama W.A.R.I.S. Kita nantikan je nanti okay!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here