5 Rahsia Dari Rani Kulup Untuk Hidup Berpoligami Secara Aman!

400
0
SHARE

Siapa yang tidak kenal dengan Rani Kulup atau lebih dikenali dengan gelaran Raja Report Malaysia.

Seperti semua sedia maklum, Rani Kulup mempunyai dua isteri, sembilan anak dan enam orang cucu.

Baru-baru ini, Rani Kulup yang merupakan Presiden  Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), mendedahkan rahsia beliau mampu menjalani kehidupan berpoligami secara aman.

1.Perlu ada sikap saling mempercayai

Beliau memberitahu apa yang menjadikan kehidupan berpoligami kekal bahagia adalah sikap saling mempercayai antara dia dan isteri-isterinya.

2.Ketua keluarga perlu bijak main peranan 

Suami sebagai pemandu perlu bijak memainkan peranan dalam rumah tangga. Kalau kita jujur dan bersikap terus terang insya-ALLAH kehidupan berkeluarga akan kekal bahagia.

ABDUL RANI KULUP ABDULLAH

3.Berpoligami bukan untuk memuaskan nafsu

Rani Kulup turut menasihati mereka yang mahu berpoligami supaya jangan berlandaskan nafsu semata-mata atau kerana sikap suka menunjuk-nunjuk.

kipidap-1

4.Sayangi wanita & mereka bukan seorang hamba

“Jangan menganiaya wanita, ayah adalah orang yang sayang wanita, sebab itu ramai yang hendak bergambar dengan ayah. Ayah ada sikap sayang pada wanita, bukan hendak memperhambakan mereka, tidak sama sekali.”

Rani Kulup 1

5.Berpoligami untuk bantu janda-janda

“Saya menggalakkan agar sang suami yang mampu berpoligami, poligamilah, bantu janda-janda. Sekiranya dibenarkan kita kahwin sampai 10 orang isteri, saya nak, tetapi agama kita tidak benarkan, jadi kita kena patuhlah,”

maxresdefault

P/S: Ingat pesan Rani Kulup untuk suami yang ingin berpolgami!

SHARE

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY