Karipap Panas Buatan Anak Malaysia Ini Sangat Popular Di China!

895
0
SHARE

Siapa yang tak sukakan kuih karipap? Kalau tu, selain nasi lemak dan teh tarik, karipap melengkapkan lagi menu sarapan pagi.

Jangan terkejut jika kami katakan bahawa kuih karipap buatan anak Malaysia sangat popular di China. Memang bangga sangat!

Boleh dikatakan, hasil jualan karipap di sana sangat lumayan. Di sini 3 biji karipap di jual dengan harga RM2.

Sanggup beratur panjang untuk dapatkan karipap panas berharga RM7 seketul..

puff

puff1

Tetapi disana, mereka sanggup berbaris demi seketul karipap panas yang dijual dengan harga 12 yuan (RM7.00).

Anak Malaysia yang kami maksudkan ialah Huang Xin Yin yang berasal dari Johor Bahru.

Sebelum ini Huang bekerja di sebuah bank di Singapura dan dari situ dia mengumpul wang untuk mengejar cita-citanya membuka perniagaan sendiri.

Ini lah usahawan berjaya & pemilik restoran The Mamak Stall, Huang Xin Yin..

puff4

Dengan wang simpanannya, Huang membuka restoran di Nanning, China.

Pada Jun tahun lalu, The Mamak Stall berdiri megah di China dan baru-baru ini, dia sudah pun membuka cawangan keduanya di negara tersebut.

Selain menjual karipap, restorannya turut menjual juadah popular Malaysia yang lain seperti Kari Kepala Ikan, Char Kuey Teow dan Mi Kari.

Memang menyelerakan makanan yang dijual di The Mamak Stall

puff6 puff7 puff8

SUMBER

SHARE

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY