KAJIAN: Hampir Separuh Penduduk Dewasa Di Perlis Gemuk-Gemuk!

117
0
SHARE

Sebanyak 52.5 peratus daripada penduduk dewasa di negeri Perlis mengalami masalah berat badan berlebihan atau obesiti. Hampir dari separuh penduduk gemuk-gemuk!

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Perlis Dr Zaini Hussin, orang ramai hanya memberi perhatian dalam pencegahan berkaitan penyakit berjangkit, namun kurang peka dengan masalah penyakit tidak berjangkit seperti masalah kegemukan yang boleh mengancam nyawa.

Berat badan berlebihan boleh menjadi punca kepada penyakit kronik yang lain seperti, darah tinggi, penyakit jantung dan tinggi kolestrol selain mudah penat dan pergerakan terbatas.

Perlis negeri kedua tertinggi yang mempunyai penghidap kencing manis

6836327620_648f79b711_o

Selain itu Dr Zaini berkata sebanyak 20.6 peratus daripada penduduk di negeri ini yang berumur 18 tahun ke atas merupakan penghidap kencing manis yang mana Perlis adalah negeri kedua tertinggi yang mengidap penyakit berkenaan di Malaysia.

Bagi penyakit tekanan darah tinggi pula sebanyak 35.4 peratus dan penghidap kolestrol tinggi sebanyak 47 peratus daripada keseluruhan penduduk Perlis.

Masyarakat di Perlis perlu mengambil langkah proaktif dan lebih inklusif bagi menangani gejala tersebut khususnya dalam pemilihan makanan serta meningkatkan pengetahuan kesihatan.

BERNAMA

SHARE

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY