KAJIAN: Ibu Gemuk, Anak Perempuan Juga Mungkin Obes & Lebih Gemuk!

195
2
SHARE

Perasan tak, kalau seseorang itu gemuk, cuba lihat ibu bapa mereka. Bukan nak mengutuk, tapi ianya berkait rapat dengan keluarga.

Kajian dalam skala besar mendapati ibu yang gemuk dan obes kemungkinan besar mempunyai anak perempuan yang terlebih gemuk apabila dewasa.

3888

Kesimpulan itu diperoleh oleh kumpulan penyelidik Universiti Auckland dan Universiti Uppsala yang meninjau data 26,561 pasangan ibu dan anak perempuan di Sweden.

Kajian mendapati ibu yang gemuk tiga kali berkemungkinan mempunyai anak perempuan obes.

Sementara ibu yang obes pula lima kali berkemungkinan mempunyai anak perempuan obes.

belly

Penyelidik percaya anak-anak perempuan daripada ibu obes kemungkinan besar turut mengalami obesiti kerana gaya hidup dan pemakanan keluarga.

Atau, ibu obes membekalkan banyak makanan kepada bayi di dalam kandungan, menyebabkan anak-anak terbiasa menyimpan lemak ketika kanak-kanak dan dewasa.

SHARE