5 Penerbangan Paling Mewah Di Dunia Yang Mesti Anda Cuba!

11371
2
SHARE

Seronoknya pergi bercuti, lebih-lebih lagi jika dapat menaiki kapal terbang yang memberikan keselesaan sepanjang perjalanan.

Jika anda ingin menuju ke destinasi yang jauh dan mengambil masa berjam-jam, pasti anda inginkan penerbangan yang selesa.

Kalau boleh nak ruang yang luas dan selesa untuk lakukan apa saja sepanjang perjalanan. Kalau boleh inginkan penerbangan yang menghidangkan makanan yang sedap-sedap.

Jika ingin bercuti dan rasai penerbangan mewah, anda boleh cuba 5 senarai ini.

1. Emirates

1

Emirates menyediakan kamar mandi dengan tempat persalinan, meja bersiap dan bar mini. Anda tidak akan rasa kebosanan kerana terdapat hiburan multimedia disediakan tanpa henti. Hidangan makanannya juga terbaik!


2. Etihad Airways

2

Diamond Suite Kelas Pertama merupakan tempat duduk penumpang yang paling mewah. Suite peribadi, kamar tidur turut disertakan hidangan makan malam bertaraf lima bintang, TV skrin lebar 23-inci, bar mini, dan kerusi urut.


3. Virgin Atlantic

3

Penumpang boleh menikmati pengalaman di langit biru dengan kemudahan internet, tempat duduk kulit yang dicipta khas, skrin sentuh video, menu makan atas permintaan dan pelbagai pilihan hiburan.


4. British Airways

4

British Airways bermula selepas Perang Dunia I. Ruang lounge British Airways yang selesa dan dipenuhi dengan pelbagai hidangan makanan yang menyelerakan mampu membuatkan perjalanan terbang anda lebih mewah.


5. Delta Air Lines

Delta-Air-lines-first-class-seat-delta-points-blog-4

Syarikat penerbangan Delta menyediakan tempat duduk dengan katil rata, hiburan dalam penerbangan dan hidangan gourmet yang enak. Melangkah masuk ke pesawat Delta seolah merasai keselesaan seperti berada di dalam rumah.

SUMBER

SHARE

2 COMMENTS

  1. y di tunjuk semua nya first class…mne de economy class camni…..hrga tiket sure laa belas2 ribu klu return dh puluh2 ribu….rakyat bese mne mampu nk naik first class…mne2 airlines pun first class diorg mmg cam hotel 5 bintang…cb tunjuk economy class???sme je…xyah tgk jauh2 tgk je MAS punya first class y airbus 380 tuh..hrga tiket je dh puluh2 ribu klu y kat ats ni agaknye bape laa….

LEAVE A REPLY