Tuesday, January 17, 2017

Selebriti Laman Sosial Ditangkap Kerana Melacur, Dibayar RM30,000 Satu Malam!

3579
0
SHARE

Bukan mudah untuk hidup senang pada zaman ini dan tidak mustahil sampai ada yang sanggup menggadaikan maruah hanya kerana wang.

Seorang selebriti laman sosial yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran kelas atasan terbongkar, apabila dia diberkas bersama pelanggannya di sebuah suite hotel mewah di Damansara, kelmarin.

Menurut laporan Utusan Malaysia, wanita berusia 20-an itu ditahan bersama lelaki terbabit yang merupakan seorang ahli pernia­gaan dan sudah beristeri kira-kira pu­kul 10 pagi oleh pihak berkuasa hasil maklumat awam.

Wanita berke­naan juga dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan kerabat diraja, terlibat dengan kegiatan tidak bermoral itu sejak tahun lalu dan mencari pelanggan terdiri daripada golongan VVIP.

Wanita itu dikatakan menerima bayaran sehingga RM30,000 semalam daripada pe­langgannya.

“Wanita ini begitu licik dan pandai menyembunyikan kegiatan tidak bermoral itu di sebalik perniagaannya yang terletak di Lembah Klang,” katanya.

Tambah sumber itu, wanita berkenaan dan pelanggannya akan diambil tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah.

SHARE

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY