5 Cara Berbelanja Ikut Kemampuan Buat Graduan Yang Baru Bekerja

808
1
SHARE

Bagi graduan yang baru menamatkan pengajian, kalau boleh nak dapat kerja secepat mungkin.

Kebanyakan graduan, habis je belajar, dah pening kepala untuk selesaikan pinjaman pelajaran.

Di awal permulaan pekerjaan, gaji yang ditawarkan tidak seperti yang diimpikan memandangkan tiada pengalaman bekerja.

Bukan senang nak hidup pada masa kini memandangkan kos hidup yang tinggi. Syafieqah A’lya kongsikan bagaimana untuk mengawal perbelanjaan di awal kerjaya.

Nota Graduan yang Baru Nak Mula

Baru-Baru ini berbangkit kembali soalan Di pm, bagaimana mahu mempunyai satu simpanan yang Besar? Saya mahu kongsikan tips kepada mereka yang Baru mula bekerja.

Tangguh impian beli kereta idaman, kredit kad & tambah hutang

On The Money-Credit Card Annual Fees

1. Keterujaan bekerja di tempat baru menyebabkan ramai anak muda mula mencari pamphlet kereta idaman. Please tangguhkan dahulu.

2. Keterujaan semakin bertambah apabila ramai pula yang datang approach untuk apply personal loan dan kredit kad sebagai ‘kegunaan’. Please Jangan tergoda Kalau ia bukan keperluan.

3. Waktu ini kawan-kawan mula Bakar line, Kita nampak lebih bergaya apabila memiliki Kereta mahal + personal loan (sebagai jalan singkat beli pakaian yang mahal, camera DSLR, travel obersea dll) + swipe kredit kad Di depan kawan-kawan. Jangan Lupa ini semua hanya sementara tetapi beban hutang terletak Di bahu kita.

Maka Cara yang terbaik adalah :

Jual Harga Kereta Proton Wira Terpakai Terbaru 2016

1. Beli kereta terpakai dulu

Waktu mula bekerja beli kereta sederhana/ second hand sebagai keperluan ke tempat kerja. Anda akan mula rasa bebanan apabila perlu keluarkan duit Untuk Minyak + toll + service + road tax. Nampak bergaya bila ada kereta tetapi Jangan lupa Ada banyak belanja perlu di ambil Kira

2. Jangan ambil loan untuk dibelanjakan kepada sesuatu yang tidak berfaedah

Jangan mula ambil personal loan sebagai kegunaan ‘reward diri’ katanya. Tetapi adalah perangkap kewangan sendiri apabila perlu tanggung beban hutang bertahun-tahun

3. Jangan & jangan sesekali pakai kad kredit

Jangan mula apply kredit kad Jika anda seorang yang goyah iman apabila ternampak barangan idaman dahulu kala kini muncul di depan mata . Tangan mula menggigil bila tak dapat memilikinya . Lihat dahulu simpanan yang ada jika bukan keperluan sekarang, tangguh kan dahulu

4. Nak pergi bercuti biarlah berpada-pada

Orang kata bila kita penat bekerja, Kita perlu reward diri dengan berbelanja tetapi mestilah kena pada tempatnya. Bukan senantiasa reward diri tetapi terhadkan seperti pergi travel dengan kawan-kawan dari 4 Kali setahun kini jadi 2 Kali setahun

5. Jangan terpedaya dengan Skim cepat Kaya & MLM

Tidak terpedaya dengan skim cepat Kaya kerana golongan ini adalah target utama mereka. Jika tidak kena dengan gaya anda akan merana. Dapatkan advise mereka yang berpengalaman dan Jangan terburu-buru serta tamak buat keputusan apabila mereka tunjuk anda akan jadi kaya dalam tempoh yang singkat .

SHARE