Belanja RM90,000 Ubah Suai Rumah, Rupanya Salah Rumah!

2532
0
SHARE

Nak ketawa pun ada. Rasa kesian pun ada. Apa yang anda rasa bila dah habis berpuluh ribu untuk ubah suai rumah, tiba-tiba dapat tahu rumah tu bukan kita punya?

Kes ini terjadi kepada seorang lelaki di barat daya China yang telah membelanjakan 150,000 yuan (RM 90, 000) untuk buah suai ‘rumah barunya’.

Namun, tidak lama kemudian baru dia tahu rupa-rupanya dia dah tersalah rumah. Macam-mana boleh salah rumah?

Selepas je dapat kunci rumah bernombor 40-4 di tingkat 40, lelaki ni pun terus memulakan proses ubah suai.

Dah hampir separuh siap ubah suai ‘rumahnya’ itu, dia dapat panggilan dari pihak pengurusan bahawa dia sudah tersalah rumah.

Di tingkat 40 ada 8 unit rumah. Bagaimanapun, 4 daripadanya adalah dua tingkat. Dan rumah yang disangka rumahnya tu ada yang jenis dua tingkat dan bersambung di tingkat 39.

Nampaknya dia telah diberi kunci yang salah. Rumah yang dia ubah suai adalah rumah bernombor 40-8.

SUMBER

SHARE

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY