Arab Saudi Haramkan Jual Baju & Pakaian ‘Koyak’

957
1
SHARE

Arab Saudi mahu pihak berkuasa mengharamkan penjualan pakaian koyak. Fesyen yang dianggap tidak sopan itu dikatakan semakin meluas di bandar besar tersebut.

Menurut laporan Emirates 24/7, trend tersebut hanya popular di barat dan tidak tahu bagaimana pakaian tersebut dibenarkan masuk ke Arab Saudi.

“Ini adalah satu fenomena barat namun ia telah menjadi popular di barat. Pihak kami tertanya-tanya bagaimana pihak berkuasa membenarkan pengimportan dan penjualan pakaian tidak senonoh itu,” kata pegawai Arab Saudi, Majid Al Harbi.

Ibu bapa yang ditemubual berkata, gaya tersebut tidak sesuai dengan masyarakat Arab dan pihak berkuasa perlu mengambil tindakan.

“Ini adalah gaya yang sangat buruk yang tidak sesuai dengan masyarakat Arab yang konservatif, melanggar agama, budaya dan tradisi yang berlaku. Pihak berkuasa perlu mengharamkan pakaian itu kami juga menyeru ibu bapa tidak membenarkan anak-anak mereka untuk memakainya.”

Isu tersebut menjadi viral di media sosial dan rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dengan pihak berkuasa kerana membenarkan pakaian tersebut masuk ke negara mereka.

Seorang dari netizen berkata, Kementerian Perdagangan dan Industri perlu campur tangan untuk menghentikan penjualan barang-barang tersebut.

Namun, ada yang mendakwa sehingga kini tiada sebarang tindakan kerana pakaian itu hanya sekadar fesyen dan tidak melanggar undang-undang.

SHARE

1 COMMENT

LEAVE A REPLY