8 Tips Untuk Kekal Awet Muda Tanpa Kos Yang Mahal!

11471
1
SHARE

Kecantikan dan wanita memang tak dapat dipisahkan. Pasti setiap wanita impikan wajah kekal awet muda dan kekal remaja.

Selalunya kalau nak nampak muda ni kena banyak ‘melabur’. Kalau tak, memang tak cantik la jawabnya.

Siapa cakap nak cantik tu kena keluar banyak duit? Ada je cara mudah tanpa kos yang mahal untuk awet muda macam Che Ta!

1. Sentiasa gembira

Apa sahaja yang berlaku pada fizikal bermula daripada dalaman. Tawan stres dengan aktiviti yang memberi kelegaan seperti meditasi, bersenam dan bersamalah dengan orang yang akan menggembirakan.

2. Makan sayur

Kerosakan pengoksidaan berpunca daripada toksik dan metabolism menyumbang kepada proses penuaan pada peringkat sel. Makanan tinggi antioksidan (bukan daripada makanan tambahan) mampu melindungi kamu daripada tekanan pengoksidaan.

3. Tidur

Tidak perlu dijelaskan panjang lebar kerana jika dilihat sahaja keadaan seseorang yang tidak cukup tidur, kamu dapat jawapannya!

4. Teh

Dan bukannya kopi untuk minuman pada pagi hari kerana selain punya antioksidan dan komponen antikanser, ia juga dapat melegakan stres yang kamu alami.

5. Kurangkan angkat kening

Dan mengerut dahi kerana semakin kamu lakukannya, semakin jelas tanda yang kamu tinggalkan pada bahagian dahi.

6. Kurangkan menonton televisyen

Apa faedahnya kepada tubuh dan matamu? Cukuplah hanya dua ke tiga jam dalam sehari dan bukan seharian!

7. Kurangkan produk tenusu

Ada kajian menyatakan bahawa penuaan kulit juga boleh berpunca daripada banyaknya mengambil produk tenusu.

8. Kurangkan daging proses

Kerana ia ternyata menyumbang kepada begitu banyak masalah dalam badan.

SUMBER

SHARE

1 COMMENT

LEAVE A REPLY