8 Gaun Pengantin Selebriti Paling Popular Tahun 2016

64017
4
SHARE

Bila pergi ke majlis perkahwinan, perkata pertama yang menjadi perhatian adalah busana yang digayakan oleh pengantin.

Kahwin ni kalau boleh seumur hidup sekali dan bagi wanita, gaun pengantin antara perkara paling penting di hari bahagia mereka.

So, kita nak throwback 8 gaun selebriti yang menjadi pilihan dan paling popular sepanjang tahun 2016!

8. Bella Astillah

Bertemakan English Royalty, Bella kelihatan seperti puteri. Gaun rekaan Cosry ini tidak menenggelamkan tubuh kecil Bella walaupun sarat dengan rekaan bunga kecil. Memang cukup sempurna.

7. Bella Dally

Gaun rekaan Rizman Ruzaini ini sangat sesuai dengan imej Bella yang berhijab. Bella kelihatan sangat manis dan rekaan gaun tersebut menyerlahkan lagi personaliti Bella.

6. Ummu Syaikhah Stacy Abdullah

Gaun songket moden berwarna coklat keemasan ini memang cukup sempurna dan ternyata Stacy bijak memilik gaun perkahwinannya. Gabungan tradisional dan moden yang sangat menarik.

5. Lufya Omar

Gaun pengantin Lufya seperti puteri raja Arab. Walaupun berhijab ia tidak menghalang Lufya untuk tampil sempurna dengan gaun kembang di hari persandingannya.

4. Jihan Muse

Gaun Jihan ini mengingatkan kepada gaun persandingan Datuk Siti Nurhaliza. Jihan kelihatan seperti puteri kayangan. Jika gaun tersebut lebih kembang di bahagian bawah, pasti Jihan akan lebih menyerlah.

3. Amyra Rosli

Gaun rekaan Rizman Ruzaini ini berkonsepkan ala Puteri Barbie berwarna coklat berkilauan dan dipenuhi dengan taburan permata Swarovski. Memang nampak mewah sangat!

2. Kavita Sidhu

Gaun Kavita yang cukup classy ini merupakan hasil gabungannya dengan pereka terkenal, Michael Ong. Inspirasi idea timur dan barat ini dipenuhi dengan kristal Swarovski memang cukup cantik.

1. Anzalna Nasir

Ini antara gaun terbaik tahun 2016.Gaun rekaan Cosry ini diilhamkan daripada patung Barbie Mariposa menggunakan tiga lapisan sutera serta taburan batu Swarovski. Apa yang pasti gaun Anzalna ini menjadi viral di internet.

Kredit: Cosmopolitan.my

SHARE

4 COMMENTS

  1. Aku rasa yg tak berapa cantekk bella dally n jihan..sbb tak kembang..ciri2 lain cantekk je..hanasuva,blh tak saya nk mintak gamba pengantin dato siti nurhaliza

LEAVE A REPLY