5 Tanda Anda Jenis Yang Suka Tayang Hubungan Cinta!

7578
1
SHARE

Cinta membuatkan seseorang itu buta dan hanyut sehingga lupa dengan keadaan sekeliling.

Tapi, sekarang ni dah macam satu trend bila ada diantara anda yang jenis suka menunjuk hubungan cinta pada umum. Kalah pasangan artis.

Jangan kerap sangat muat naik gambar atau video anda dan pasangan di media sosial, lama-kelamaan sikap anda tu buat orang rasa menyampah!

Jadi, sebelum korang buat orang lain rasa meluat, ketahui tanda-tanda sama ada anda ni jenis yang suka tayang hubungan cinta korang atau tidak!

1. Facebook, Instagram, Twitter semuanya tentang si dia

Ada je benda yang anda nak update di media sosial tentang si dia. Tak cukup dengan gambar perbualan di Whatsapp pun anda nak muat naik untuk bacaan umum. Motif? Simpan je kata-kata ‘I love you’ dari si dia untuk anda je.

2. Rakan anda kenal pasangan anda dari A-Z

Kalau anda selalu update tentang pasangan di media sosial, sah-sah la kenalan terdekat anda tahu tentang si dia. Belum lagi kalau kawan anda yang jenis mulut becok. Jangan terkejut, tiba-tiba kalau rakan baik anda ‘cucuk jarum’ pada si dia.

3. Terlalu banyak minta pendapat mengenai si dia

Kalau korang tak habis-habis tanya atau minta pendapat dari kawan baik tentang si dia, lama-kelamaan mereka akan rasa meluat. Ia seperti anda ingin menunjuk-nunjuk macam anda seorang sahaja yang ada pasangan.

4. Fantasi melebihi realiti

Anda mula lupa tentang kehidupan lain selain cinta anda. Nak lepak dengan rakan-rakan jauh sekali. Yang anda tahu hanya post tentang kisah cinta je di laman sosial. Lebih teruk anda lupa tentang keluarga, kewangan dan kerjaya.

5. Cuba cemburukan orang lain

Pantang bila orang lain kongsikan tentang kekasih mereka, anda pun sibuk jugak nak bercerita. Cuma anda mungkin ada tokok-tambah untuk buatkan rakan-rakan rasa cemburu. Itu memang dah sampai tahap menunjuk-nunjuk!

SUMBER

SHARE

1 COMMENT

LEAVE A REPLY