Faiz Subri Menang PUSKAS, Ronaldo Ucap Tahniah

1473
1
SHARE

Sekalung tahniah buat pemain bola sepak Pulau Pinang, Faiz Subri kerana dinobatkan sebagai pemenang anugerah PUSKAS FIFA yang berlangsung malam tadi bagi kategori gol terbaik.

Lebih manis lagi, hasrat Faiz untuk bergambar bersama pemain terkenal dunia Christiano Ronaldo tercapai. Bukan itu sahaja, Ronaldo juga turut mengucapkan tahniah kepada Faiz.

“Selepas saya menerima anugerah itu, Cristiano Ronaldo mengucapkan tahniah kepada saya. Saya juga sempat bergambar dengannya, memang ketika itu saya tak tahu nak kata apa lagi,” dipetik daripada Arena Metro.

Faiz mendapat undian paling tinggi iaitu 59.46% menewaskan dua lagi calon yang tidak kurang hebatnya.

Kami rakyat Malaysia mengucapkan terima kasih kepada Faiz Subri kerana mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

SHARE

1 COMMENT

  1. Orang dari asia tenggara pertama dan asia!! Juara puskas award selepas menewaskan neymar messi dan Ronaldo..Selepas menewaskan 2 pencabar dari Brazil dan Venezuela kita bangga walaupun faiz subri org malaysia tpi tetap orang asean..mari kita ucapkan tahniah kepada faiz subri from malayzier faiz subri adalah abg saya saya berbangga punya abg yg hebat dan lagi supervbvb

LEAVE A REPLY