Her Majesty Lambang Wanita Sophistikated

191
0
SHARE

Her Majesty Scarves, diolah secara ekslusif dan dilukis secara terperinci dan hanya dicetak 100 (seratus) helai sahaja seluruh Malaysia.

Selendangnya direka untuk menepati cita rasa wanita yang sukakan warna terang dan berpersonaliti berani disampai sentiasa kelihatan ceria.

Menggunakan rekaan ‘Square Scarves’ ia ideal bukan untuk wanita bertudung sahaja, tetapi boleh menjadi penyeri asksesori di bag tangan mahupun di leher wanita.

Satu selendang, pelbagai kegunaan. Her Majesty Scarves sepadan dengan nama yang melambangkan kemewahan oleh golongan diraja, ianya dipantulkan melalui fabrik yang digunakan untuk selendang ini; Matte Satin. Fabrik ini bukan sahaja selesa dipakai, ditambah dengan kelembutan sutera serta ringan untuk digayakan kemana sahaja.

Mempunyai kepanjangan (100 cm x 100 cm), selendang ini Insha Allah mampu menyerikan wajah si pemakai, dan didatangkan dengan kotak eksklusif. Harga juga mampu milik dan sangat berpatutan bermula dari RM169.

Terdapat 10 corak luar biasa yang dihasilkan untuk koleksi Inspired Design:

1) Casablanca

Ilham daripada istana lama Inggeris diulit dengan elemen Istana tempatan. Mengenengahkan warna Unggu sebagai warna utama, dan uniknya selendang ini, si pemakai boleh mendapat corak yang berlainan ketika melipat tudung tersebut.

2) Victoria

Diilhamkan oleh pelukis Lolita tetapi ditambah dramatis dalam corak tersebut. Sangat sesuai untuk mereka yang mahukan kelainan dalam corak. Tona warna yang berbeza juga membuatkan tudung ini senang dipadankan dengan pelbagai warna baju

3) Kuala Lumpur

Pencinta warna neutral akan menggemari corak ini dengan penggunaan warna sejuk dan perincian lebih diberikan kepada lukisan di bahagian belakang tudung dan juga bahagian border.

4) Bora-bora

Terhasil daripada inspirasi lukisan canopi tepi pantai dengan sentuhan elemen tradisional Malaysia;corak batik.

5) Udine

Dihasilkan daripada pemandangan lukisan sebuah pelabuhan dan diulit dengan elemen sampan tempatan.

6) Lily

Menggunakan warna merah jambu terang dan kuning terang, disamping bunga lily sebagai gerakan corak dominan dalam corak ini.

7) Magnolia

Bermotifkan bungan Magnolia, dan menggunakan warna lembut.

8) Daffodil

Ringkas tetapi padu coraknya.

9) Carolina

Taburan corak aksesori barangan wajib wanita diatas tudung sangat sesuai untuk wanita yang bekerjaya dan mementingkan stail.

10) Scarlet

Warna merah untuk wanita yang sukakan keberanian, dan diselitkan elemen rumah tradisional Melayu dan bunga-bungaan.

Lawati laman Facebook HerMejesty atau Instagram hermajesty_scarves untuk mendapatkan koleksi tudung eksklusif dan terkini.

SHARE

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY