6 Punca Anda Selalu Gagal Dalam Percintaan!

11353
1
SHARE

Pernah tak terfikir mengapa hubungan cinta anda selalu gagal dan terputus di tengah jalan?Mesti ada sesuatu yang tak kena!

Apa silapnya? Datang dari anda atau si dia? Pada mereka yang mengalami dilema seperti ini, selongkar 10 alasan ini mengapa anda selalu je gagal dalam bercinta.

1. Terlalu berharap

Mungkin anda ni terlalu berharap sampai buatkan si dia sendiri takut dengan angan-angan anda. Wanita perlu tahu, perkara yang paling ditakuti oleh lelaki ialah masa depan.

2. Asyik nak berkepit macam belangkas

Mungkin anda rasa selalu berjumpa tu buatkan hubungan makin kukuh. Tapi bagi lelaki, mereka akn cepat muak dan bosan. Akhirnya mereka akan cari yang lain.

3. Kerap sangat berhubung

Ada baiknya jika sesekali anda kurangkan sikit berhubung dengan si dia. Biarkan si dia rasa rindu, barulah si dia akan lebih menghargai anda. Ini tak, setiap masa nak mesej, nak call, lama-lama si dia rimas.

4. Asyik nak bergaduh je

Lelaki seorang yang sangat simple, mereka tak suka ada drama dalam perhubungan. Wanita pulak hampir setiap perkara buat fikiran mereka serabut. Akhirnya timbul pergaduhan. Kalau asyik bergaduh je, memang si dia angkat kaki je nanti.

5. Pentingkan diri sendiri

Ada diantara anda mahu pasangan ikut je apa yang anda inginkan sampai lupa perasaan mereka. Dalam hubungan perlu ada tolak ansur barulah hubungan berkekalan.

6. Selalu berselfie

Kajian mendedahkan, tindakan gadis yang suka berselfie boleh menyebabkan hubungan percintaan mereka rapuh dan tidak kukuh. Ini kerana, wujudnya perasaan malu pada lelaki kerana sikap wanita yang mengada-ngada dan suka meraih perhatian.

SUMBER

SHARE