5 Sebab Sifat Lawak Boleh Buat Anda Berjaya Di Tempat Kerja

293
0
SHARE

Orang yang jenis ‘pak lawak’ dan boleh buat orang ketawa ni memang disukai ramai. Bila deorang ni tak ada dekat ofis, rasa sunyi je nanti.

Orang jenis macam ni la yang buat ofis huru hara dan ceria. Tapi sebenarnya sifat lawak ni banyak kelebihannya. Korang boleh tetapkan sifat lawak tu di ofis tapi biar berpada-pada.

Selain naikkan mood bekerja, 5 sebab tambahan mengapa sifat lucu ni kunci untuk berjaya di tempat kerja!

1. Orang akan gemar bekerja dengan korang

Orang yang suka berlawak itu lah cara yang paling terbaik untuk hilangkan kebosanan bekerja dan ramai orang rasa senang. Tapi jangan melampau pula, orang menyampah pulak nanti.

2. Lawak boleh mengurangkan stress

Bila melawak mestilah rasa lucu dan kurangkan tekanan. Korang akan rasa lebih relaks lepas ketawa. Katakanlah bos baru lepas marah, datang pula ‘pak lawak’ macam Jep Sepahtu, mesti hilang masalah korang tu nanti.

3. Boleh jadi kreatif dalam memberi idea

Okay sifat lawak ini adalah resepi utama dalam crerative thinking kalau korang nak tahu. Ia akan membantu korang untuk bermain dengan idea. Cuba lihat mereka yang suka berlawak, kebanyakkannya kreatif.

4. Orang akan lebih percaya

Selalunya orang yang suka melawak ni jenis cakap lepas, tunjuk sikap sebenar mereka dan tak sorok apa-apa. Jadi orang akan lebih percaya pada mereka. Orang yang suka melawak ni selalunya akan jadi tempat untuk orang luahkan perasaan.

5. Orang yang lucu lagi senang untuk berkenalan

Cuba letak seorang yang serius dengan seorang pak lawak, mana satu korang akan tegur dulu? Seorang yang suka melawak ni tak payah tunggu orang tegur, dia dah sergah korang dulu.

SUMBER

SHARE

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY