5 Selebriti Kongsi Rahsia Jaga Badan & Kekal Langsing

0
0
SHARE

Boleh dikatakan ramai selebriti tempatan sudah meningkat usia dan beranak dua tapi bentuk badan mereka kekal cantik menawan.

Bagi mereka, biarpun sudah bergelar isteri dan ibu, bukan satu penghalang untuk menjaga badan untuk sentiasa langsing.

Jom bongkar rahsia 5 selebriti popular ini dari segi penjagaan badan untuk kekal langsing. Bukan selebriti je perlu jaga badan, setiap wanita perlu buat perkara yang sama.

Erra Fazira

Pelakon popular era 90-an ini masih kekal langsing dari dulu sampai sekarang. Menurut Erra, dia mengamalkan heavy brunch dan sajian yang sangat ringan untuk makan malam. Waktu makan malam ditetapkan sebelum jam 8 malam sejurus selepas waktu solat Maghrib. Bagi Erra, dia percaya tentu ada sebab mengapa kita berbuka puasa pada waktu itu

Izara Aishah

2 0 1 7 #herewego #LetsDoDihhh ❤️

A photo posted by Izara Aishah (@izaraaishahofficial) on

Sebelum ini tubuh Izara agak sedikit berisi, tapi sekarang bentuk badannya cukup sempurna. Rahsia Izara menjaga badan adalah dengan menari. Katanya, dia gemar manari dan itu cara dia lakukan senaman. Izara akan lakukannya selama sejam sehari.

Nora Danish

My top is from @thaviathelabel . Thank u @tcjamidah 💜 I love it.

A photo posted by Nora Danish (@noradanish) on

Orangnya cukup cantik dan macam anak dara. Ibu kepada seorang cahaya mata ini memang cantik orangnya. Macam anak dara. Mesti ramai nak tahu cara Nora jaga badan. Rupanya Nora suka lakukan yoga dan MMA jika ada kelapangan. Jika sibuk sekali pun, Nora hanya lakukan squat dan sit ups di rumah.

Fouziah Gous

Tunku Tun Aminah x Jovian @jovianmandagie

A photo posted by Zhafou | Zhafoujr (@fouziahgous) on

Kalau bab bentuk badan menarik, pelakon cantik ini sentiasa menjadi pemenangnya. Dah bergelar ibu pun masih cantik dan langsing. Menurut Fouziah, dia tidak boleh kalau tidak bersenam. Fouziah juga akan makan apa saja yang diinginkan cuma kurangkan kuantitinya.

Diana Danielle

Ibu kepada dua cahaya mata ini menjaga badan dengan makan sajian yang tinggi protein, rendah karbohidrat dan banyakkan makan sayur dan buah-buahan. Tambahnya lagi, anda akan rasa kenyang lebih lama dan boleh makan banyak mana yang anda suka.

SUMBER

SHARE

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY