Mi segera boleh diambil sebagai makanan sihat?

391
1
SHARE
Sumber: Maggi Malaysia

Jika sebelum ini, mi segera dilabel sebagai makanan yang tidak sihat dan mampu memudaratkan kesihatan jika memakannya dengan kerap.

Tetapi kali ni lain pula dakwaannya, di mana sajian mi segera boleh dijadikan sebagai salah satu makanan seimbang dan sihat.

image

Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr. Tee E Siong berkata, pengguna hanya perlu memasukkan sedikit sahaja perasa dan menambahkan bahan iringan lain.

“Malahan, mi segera boleh dimakan tanpa bahan perasa.

“Anda juga boleh gunakan bahan perencah sendiri. Masukkan sahaja ayam atau daging, tambahkan sayur-sayuran untuk jadikan sajian segera anda lebih seimbang,” ujarnya seperti dipetik daripada Sinar Harian.

Tambahnya lagi, mi segera juga tidak berbeza seperti makanan tempatan yang lain seperti bihun dan kuey teow.

Mi segera diperbuat daripada bijirin dan gandum, sekali gus menjadikan ia sebagai salah satu sajian yang kaya dengan karbohidrat.

“Kita memerlukan karbohidrat untuk memberikan tenaga yang kita perlukan setiap hari. Garis Panduan Diet bagi Rakyat Malaysia menyarankan masyarakat mengambil separuh daripada bijirin sebagai diet harian.

“Mi segera boleh menjadi sebahagian daripada diet kita. Ia merupakan salah satu sajian yang kaya dengan karbohidrat,” katanya lagi.

‎Dr Tee dalam pada itu turut menyanggah dakwaan penggunaan kaedah merlilin dalam proses pembuatan mi segera.

Menurutnya, proses pembuatan dan pengeluaran mi segera dibuat berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Dakwaan terdapat kandungan lilin dalam mi segera tidak benar. Dalam proses tersebut, doh mi akan dipotong mengikut saiz yang ditetapkan, kemudian ia akan melalui proses stim dan dimasak menggunakan minyak masak.

“Proses ini akan memastikan ‎mi itu tidak melekat antara satu sama lain. Tidak ada keperluan untuk menambah atau memasukkan bahan seperti lilin untuk mengelakkan mi melekat dengan satu sama lain,” jelasnya.

Jadi, untuk pelajar yang tengah poket kering, tak ada masalah dah nak makan mi segera.

Sinar

SHARE

1 COMMENT

LEAVE A REPLY