Sebab Kenapa Tun M Selalu Ke Bazar Ramadhan

43484
6
SHARE

Jarang sekali kita melihat orang kenamaan kerap ke bazar Ramadhan, lebih-lebih lagi individu yang paling di segani di Malaysia seperti Tun M.

“Nak cari popia,” itu jawapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya tujuan beliau selalu turun ke bazar Ramadan.

Katanya popia merupakan antara makanan wajib beliau sekiranya ingin berbuka puasa.

“‎Tun teringat Pekan Rabu kah?” soal seorang pengunjung yang turut mengambil kesempatan bertanya kepada beliau?

“Pekan Rabu tidak berapa ada popia, cuma ada pulut udang.

“Sini tidak ada pulut udang, orang sini tak tahu buat pulut udang, orang Kedah sahaja boleh,” selorohnya ketika ditemui Sinar Online di Bazar Ramadan Shah Alam Seksyen 13 semalam.

Selain popia Dr Mahathir turut menyukai putu piring.

image (1)

Apa yang pasti, kehadiran Dr Mahathir semalam menyebabkan keadaan sesak di Bazar Ramadhan Shah Alam kerana tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar bersama beliau

Bayangkan, sebaik beliau memulakan langkah untuk bergerak orang ramai sudah mula mengerumi beliau.

Namun Dr Mahathir dengan gaya bersahaja dan santai tetap menyantuni orang ramai yang berada di bazar tersebut.

FW401215_KL17_180615_BAZAR-lpr

Bazar Ramadan Shah Alam merupakan bazar keempat yang dikunjungi oleh Dr Mahathir tahun ini, selepas bazar di Kampung Baru, Putrajaya dan Keramat.

SHARE

6 COMMENTS

  1. Tun mendekati rakyat berjiwa rakyat tak macam org kaya lain tak mau jenguk langsung tempat rakyat biasa.berbuka pun kat hotel..syabas tun nama mu tetap ku sanjung.

LEAVE A REPLY