Pasaraya GIANT Nafi Dakwaan Beli Kuih Raya Dari China

204
0
SHARE

Satu mesej viral tersebar di laman sosial semenjak awal Ramadan lalu berhubung bekalan kuih raya dipunggah keluar dari kontena China Express yang didakwa akan dihantar ke Muar, Johor.

Menurut mesej itu, kuih raya itu dibuat di China dan status logo halalnya amat mencurigakan.

“Kuih Raya made in China. Status logo halal amat dicurigai. Harap semua jangan tersalah beli ye?.

“Barang ini saya sendiri turunkan dari kontena China Express untuk penghantaran ke Muar, Johor,” kata mesej berkenaan yang turut mengaku mengambil rakaman gambar itu tanpa pengetahuan kilang tersebut.

Menurutnya, kuih raya itu selalu dilihat di pasar raya seperti Mydin, Giant, Tesco, Aeon Big pada harga di antara RM9.90 – RM12.90 seunit.

Individu tersebut juga menasihati orang ramai khususnya yang beragama Islam agar berhati-hati apabila membeli kuih raya yang dijual di pasaran.

Dalam pada itu, GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd (Giant) menafikan dakwaan menjual kuih raya dari China di pasar raya berkenaan.

Pengurus Kanan hubungan kerajaanGCH, Mohd Shahrizal Ayub berkata, dakwaan membeli kuih raya dari China dan menukar label tidak benar.

“Kami sememangnya tidak mempunyai sumber kuih raya yang diperoleh dari China.

“Sumber kami datangnya daripada pengeluar dan pembekal tempatan serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) sejak beberapa tahun lalu,” katanya.

Mengulas berhubung mesej viral itu, Mohd Shahrizal berkata, pihak Giant telah sedia maklum berhubung mesej viral itu sejak kelmarin.

Sinar Harian

SHARE

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY