Harga Kopi Di Seoul Dikatakan Paling Mahal Di Dunia?

666
0
SHARE

Siapa yang banyak duit dan tak tau nak buat apa, boleh lah anda ke Seoul dan cuba kopi mereka yang di katakan paling mahal di dunia.

Jangan terkejut jika kami katakan, harga kopi di hotel-hotel yang terletak kawasan Seoul di katakan yang paling mahal di dunia.

Laporan daripada Hotel.com mendapati, Seoul mendahului senarai harga secawan kopi paling mahal di hotel iaitu dengan harga RM60.

Kajian tersebut berdasarkan penyelidikan mengenai harga makanan dan secawan kopi di 30 buah hotel bertaraf 3 hingga 5 bintang di 28 buah negara.

jkscoffee

Tokyo menduduki tempat kedua dengan RM32 untuk secawan kopi, di ikuti Beijing RM29, Hong Kong RM28 dan Taipei RM26.

Bogota, Columbia adalah yang paling murah iaitu RM6, diikuti oleh Rio de Janeiro RM8, Bandar Raya Mexico RM10 dan Madrid RM12.

IMG_6616

Walaupun harga wain di Seoul juga dikatakan agak mahal, namun namun kedudukan tersebut ditewaskan oleh Singapura iaitu dengan harga RM52.

Hurm.. berbaloi ke nak habiskan duit untuk secawan kopi bernilai RM60?

SHARE

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY