29 Individu Di Tahan, Sertai Perhimpunan #TangkapNajib Di Kuala Lumpur

283
0
SHARE

Seramai 29 individu ditahan polis berhubung himpunan #TangkapNajib, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa dalam satu kenyataan berkata, himpunan kira -kira jam 2.15 petang dianggarkan melibatkan 200 peserta.

Menurutnya, tangkapan dilakukan di sekitar kawasan kompleks beli-belah Sogo dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

“Seramai 29 individu telah ditahan berusia lingkungan 14 hingga 69 tahun.

“Kita akan siasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan, iaitu siapa menjadi seorang anggota sesuatu perhimpunan yang menyalahi undang, boleh dikenakan penjara selama tempoh sampai enam bulan, atau denda atau kedua-duanya.

“Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan, iaitu aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen dan boleh membawa hukuman penjara selama tempoh 20 tahun,” katanya.

Beliau berkata, kesemua tangkapan akan dibawa ke mahkamah untuk urusan reman bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Katanya lagi, pihaknya bertindak secara profesional dan mengikut lunas undang-undang dalam menangani perhimpunan berkenaan.

Sinar Harian

SHARE

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY