Pemuda PAS Sambut Baik Keputusan Stacy Peluk Islam

4066
1
SHARE

Pemuda PAS menyambut baik keputusan bekas bintang realiti “Akademi Fantasia”, Stacie Angie Anam untuk memeluk agama Islam.

Penyanyi yang berusia 25 tahun, yang lebih dikenali sebagai Stacy, telah memeluk agama Islam selepas mengucap dua kalimah syahadah di Pejabat Agama Johor Bahru baru-baru ini, dan memilih nama Ummu Shaikah Stacy Anam sebagai nama Islamnya.

Khairil Nizam Khirudin yang juga merupakan Pengarah Jabatan Kesenian, Kebudayaan dan Sukan, berkata, penyanyi yang terkenal dengan lagu “Not For Sale” telah membuka satu lembaran baru dalam hidupnya dengan memeluk Islam.

fdf

“Dewan Pemuda PAS Malaysia berharap Stacy menjadi seorang lagi artis muslimah contoh kepada para peminat seni di Malaysia.

“Kami mendoakan agar Stacy istiqamah dalam mendalami agama Islam dan menjadi seorang muslimah yang sejati,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, beliau berharap Stacy akan meyakinkan keluarganya dan lain-lain artis bukan Islam untuk “membuka hati mereka” untuk belajar tentang Islam.

SHARE

1 COMMENT

  1. accessories business development Louis Vuitton outlet direction. Accessories products in air max zero mens addition to nike roshes maintain traditional utility, Louis Vuitton Outlet should be in the zoom run the one boring processing mk bags into nike 3.0 flyknit art, which bears the fashion nike huarache white elements. coach bags outlet In this process kate spade 2015 the main several trends have emerged: one is the professional driven epidemic; two is simple to lead the fashion; three is to r

LEAVE A REPLY