KJ Tampil Bersahaja Di Muka Depan Majalah, Buat Ramai Wanita Cair

3903
3
SHARE

Siapa tidak kenal dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang cukup sinonim dengan jolokan lelaki ‘tall, dark & handsome’.

Memiliki karakter yang cool dan bersahaja, membuatkan Ahli Parlimen kawasan Rembau, Negeri Sembilan ini berjaya menawan hati ramai.

Ditambah pula, dengan kredibilitinya selaku menteri dan Ketua Pemuda UMNO yang aktif dan selalu mendengar pendapat rakyat bawahan.165029ylug5yey7ifj7z7x2

Maka, tidak hairanlah mengapa ahli politik ini diangkat sebagai ikon oleh para pengikutnya dan juga digilai oleh wanita-wanita di Malaysia.
Baru-baru ini, Khairy atau KJ sekali lagi menarik perhatian ramai apabila terpilih menjadi model penghias kulit hadapan untuk majalah Men’s Health (edisi Malaysia).

mh-whats-in-the-mag-4

Uniknya, KJ tampil dengan gaya bersahaja dengan memakai baju-T kosong tanpa sebarang imej formal yang sinonim dengannya sebagai seorang menteri Kabinet.

Gaya segak KJ itu membuatkan ramai yang memuji beliau hingga ada yang berpendapat KJ tidak ubah persis seorang model lelaki popular.
Sebelum ini, KJ pernah membintangi drama pendek ‘Ikal Mayang‘ dan juga menjadi penghias kulit majalah Maskulin.

Mynewshub

SHARE