Habiskan Makanan Dalam Sejam Dah Boleh Jadi Pemilik Restoran. Biar Betul?

284
0
SHARE

Wah..biar betul? Selalunya cabaran menghabiskan makanan dalam satu jangka masa tertentu akan di beri pengiktirafan Wall of Fame, tetapi berlainan pula yang terjadi di restoran ini.

Sebuah restoran di Mexico, Don Chingon yang terletak di Flatbush, New York ini, akan memberikan ganjaran yang amat bernilai kepada mereka yang berjaya menghabiskan makanan yang disediakan iaitu burrito.

Sekiranya pelanggan boleh menghabiskan burrito seberat 14 kilogram dalam masa sejam, mereka akan memperoleh sebanyak 10 peratus saham, sekaligus menjadi rakan kongsi bersama pemilik restoran tersebut. Memang lumayan sangat!

food1

Tapi, bukan mudah nak menang kerana ada beberapa syarat. Peserta perlu menghabiskan ‘permainan’ dengan meminum sekali minuman margarita pedas yang di buat oleh pemilik restoran.

Screen-Shot-2015-10-19-at-8.26.16-AM

Pihak restoran juga tidak akan menanggung sebarang risiko sekiranya terjadi kecederaan atau kematian.

Jika peserta tidak berjaya menghabiskan cabaran, mereka perlu membayar bil makanan itu yang berjumlah sebanyak USD$150 (RM625).

Kalau berani, cubalah!

SUMBER

SHARE

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY