10 Perkara Mengejutkan Tentang Dato’ Seri Vida Yang Ramai Tak Tahu!

2741
0
SHARE

Dato’ Seri Dr. Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan nama Dato’ Seri Vida, tidak perlu diperkenalkan lagi.

Sejak menjadi penaja program “Gegar Vaganza” selama dua musim dan juga tagline power yang diperkenalkan oleh wanita ini, sekaligus melonjak namanya sebagai usahawan wanita yang berjaya.

Walaupun ramai yang menyampah melihat aksinya yang jelik, namun tersimpan kisah pahit getir dalam hidupnya.

1. Berasal dari keluarga berada tetapi..

Anak kelahiran Machang, Kelantan ini lahir dalam keluarga berada sebelum menjadi anak yatim pada usia 9 tahun kerana kematian bapa. Dia dan ibunya hilang punca rezeki. Dari situ dia belajar berniaga.

2. Ibunya terpaksa menjual tanah untuk kos pengajiannya

Ibunya terpaksa menjual sebidang tanah untuk menyara kos pengajiannya di Universiti Sains Malaysia. Tanah itu dijual pada harga RM13,000.

Tapi tahun pertama pengajian saja dia sudah menggunakan RM5,000 untuk membayar yuran, beli buku dan sara kos sara hidup. Dia mencari duit saku dengan berniaga di kampus.

9

3. Memiliki kelulusan Sarjana Muda Pendidikan

Nampak macam kekampungan tapi wanita ini memiliki Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteran Melayu dan Sejarah) dan berpengalaman menjadi guru di sekolah Cina selama 12 tahun di Ipoh, Perak.

1

4. Tekad untuk sambung pengajian lebih tinggi

Sambil mengajar beliau meneruskan pengajian Doktor Falsafah. Pegawai Eksekutif Vida Beauty Sdn Bhd ini juga pernah menjadi tenaga pengajar di Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MVLK).

5. Pernah rugi besar, tapi tak pernah patah semangat

Memulakan perniagaan sebanyak RM500,000, namun mengalami kerugian besar apabila produknya tidak mendapat sambutan.

Tapi dia belajar dari kesilapan. Selepas kerugian akibat iklan yang tidak menjadi, apabila menaja Gegar Vaganza dia tekad stesen tv perluĀ mengikut caranya.

2

6. Orangnya sangat bersederhana

Nampak macam gila glamor tapi sebenarnya seorang yang sederhana. Pakaian mengerlip dan tiara atas kepala tu hanya untuk identiti produk je. Baru la orang akan ingat sampai bila-bila.

3

7. Ambil masa tujuh tahun untuk dikenali

Lebih tujuh tahun bisnes Dato’Seri Vida melonjak tinggi gara-gara keberanian memperkenalkan minuman kesihatan di bawah jenama Pamoga.

Produk yang menjadi fenomena itu membolehkan dia berubah sekelip mata menjadi jutawan sehingga mampu membina Wisma Vida Beauty yang tersergam indah dan mewah di bandar Ipoh.

90

8. Wanita ini kehilangan dua anaknya pada tahun 2013

Namun ketika dia mengecap kejayaan, Tuhan mengujinya dengan pemergian dua anaknya yang meninggal dunia dalam kebakaran di rumah pekerja syarikat pada Ogos 2013.

Lebih menyayat hati kejadian itu berlaku beberapa hari sebelum umat Islam meraikan satu Syawal.

34

9. Mempunyai cawangan di Brunei dan Singapura

Vida Beauty Sdn Bhd. miliknya kini mempunyai lebih 400 stokis seluruh negara termasuk Brunei dan Singapura selain mempunyai 130 kakitangan.

8

10. Banyak melakukan kerja amal

Dalam diam wanita ini juga banyak melakukan kerja amal. Dia menaja beberapa rumah anak yatim dan sekolah tahfiz selain mempunyai sekolah pondok sendiri.

SHARE

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY