Ada 2 Anak Lelaki Kacak & Fakta Menarik Tentang Zeti Akhtar Aziz

3106
0
SHARE

Pada 1 Mei 2016 lalu, merupakan hari terakhir perkhidmatan beliau. Rasanya hampir 16 tahun kita melihat tandatangan ‘Zeti Aziz’ pada wang kertas Malaysia. Pada tempoh itu juga la Tan Sri Zeti Akhtar Aziz memegang jawatan sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia.

Zeti terkenal kerana kebijaksanaanya dalam dunia ekonomi dan pernah terpilih antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance.

Advertisement

Tapi, mungkin ramai yang tidak tahu tentang kisah peribadi beliau sebagai seorang wanita, anak, isteri dan ibu.

Kami kongsikan info menarik tentang Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, selain memiliki 2 anak lelaki yang kacak!

1. Lahir pada 26 Ogos 1947 & berbintang Virgo

tokoh-maalhijrah

Mereka yang berbintang Virgo memang terkenal sebagai seorang yang berdisiplin, jujur dan pemurah. Mereka juga lebih mengutamakan kebajikan insan tersayang berbanding kepentingan fizikal dan emosi sendiri.

2. Mempunyai dua orang anak lelaki kacak iaitu Alif Ayman & Aziz Ayman

fgfgd-horz

Hasil perkahwinannya dengan Dato Dr Tawfiq Ayman, Zeti dikurniakan dua orang anak lelaki. Alif Ayman bekas graduan Harvard Universiti, pernah mengambil kursus rekabentuk di Universiti Multimedia dan pernah bekerja sebagai pereka grafik di Astro. Manakala Aziz Ayman pula sedang melanjutkan pelajaran di MIT Sloan School of Management di Amerika Syarikat.

3. Beliau ada darah campuran Melayu, Circassian & Arab Hadhrami

fggrer

Mesti ada yang tertanya-tanya dari mana datang rupa mat saleh yang diwarisi oleh keluarga Zeti Akhtar Aziz kan? Bapa Zeti, Profesor Diraja Ungku Aziz berbangsa Melayu dan Circassian (bangsa yang berasal dari Turki) manakala ibunya pula campuran Melayu dan Arab Hadhrami. Memang cantik masa muda-muda dulu.

4. Mendapat pendidikan tertinggi terawal di Universiti Malaya

cde4fvsviaanynu

Siapa kata universiti tempatan tak setanding dengan antarabangsa? Lihatlah kejayaan Zeti sekarang. Beliau mendapat sarjana muda dalam Ekonomi di Universiti Malaya sebelum menyambung pelajaran dalam bidang Sarjana dan Kedoktoran di Universiti Pennsylvania, Amerika.

5. Tidak mempunyai sebarang akaun media sosial

dcx_doc6oz3cim8stz664mwcph

Ketika artikel ini ditulis, kami cuba sedaya upaya mencari akaun media sosial kepunyaan Zeti Akhtar, tapi kurang berjaya. Memang individu yang bekerjaya dan berjaya seperti Tan Sri Zeti ni tak ada masa kot untuk perkara sebegini. Ada sesiapa tahu kalau-kalau Tan Sri Zeti ada Facebook? Sila jawap di ruangan komen ya?

Akhir sekali, Terima kasih Tan Sri Zeti atas jasamu terhadap ekonomi dan perbankan Malaysia selama ini. Selamat maju jaya kami ucapkan!

Sumber

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here