Amalkan Produk Kuruskan Badan, Berat Badan Enot Turun 40 Kilogram!

489
0
SHARE

Jangan terkejut apabila pelakon dan pelawak, Alliza Abdullah atau lebih mesra disapa dengan nama panggilan Enot kehilangan berat badan sebanyak 40 kilogram gara-gara menggunakan produk Izeara.

Memetik laporan daripada portal Murai, Enot mula menggunakan produk tersebut semenjak empat bulan lalu dan kini dilantik menjadi duta bagi produk tersebut.

“Sebelum ini, berat badan saya adalah 138 kilogram. Pada awalnya, saya hanya menggunakan Izeara selama seminggu sahaja, secara suka-suka. Selepas itu, saya merasakan perubahan atas tubuh badan saya. Saya rasa lebih ringan.

“Jadi saya menggunakannya Izeara 6 Inch Body Serum Extra Power secara konsisten dan kini berat badan saya turun kepada 98 kilogram. Kini saya mahu mendapatkan kembali berat saya semasa di zaman anak dara dahulu, 75 kilogram,” ujar Enot memulakan perbualan.

Mengamalkan produk tersebut dan meminum lima liter air masak sehari, Enot tidak mengamalkan sebarang senaman. Bersyukur kerana dipilih menjadi duta, Enot akan tidak mengambil endah sebarang komen negatif yang bakal dilemparkan.

“Syukur saya dipilih sebagai duta Izeara. Selain itu, saya juga menjadi stokes. Saya tahu dengan keadaan badan saya yang berukuran ‘tembam’ sebegini, pastinya akan ada kata-kata negatif yang singgah apabila saya dipilih menjadi duta produk sebegini. Tetapi bagi saya, mudah sahaja. Saya hanya membiarkan keyboard warrior ini melakukan kerja mereka dan saya hanya menjalankan kehidupan saya seperti biasa,” kata Enot lagi.

Dalam perkembangan lain, Enot bakal memasuki set penggambaran bagi telemovie istimewa yang bakal disiarkan bersempena sambutan Aidilfitri nanti yang berjudul Mat Despatch Raya. Drama tersebut merupakan sambungan daripada siri drama popular Mat Despatch yang disiarkan pada tahun 1996 sehingga 2002. Telemovie itu juga akan menampilkan Raja Azura, Sharifah Shahira, Amyza Aznan, Melissa Saila dan ramai lagi.

Untuk mendapatkan informasi mengenai produk Izeara, hubungi 013-3771524 atau 013-7773617. Anda juga boleh mengunjungi laman Instagram @enot_78.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here