SHARE

Dalam acara besar yang dianjurkan di Bill Graham Civic Auditorium, San Francisco hari ini, syarikat teknologi gergasi Apple memperkenalkan kemaskini terbaru untuk produk paling popular mereka, iPhone.

Apple secara rasmi memperkenalkan iPhone 7 & iPhone 7 Plus yang merupakan barisan terkini yang ditawarkan oleh syarikat ini untuk pengguna seluruh dunia yang akan memasuki pasaran Amerika Syarikat dan 27 negara lain bermula 16 September ini.

iPhone 7 hadir dengan kapasiti storan bermula 32GB, 128GB sehingga 256GB.

apple-iphone-watch-20160907-4624

Dari segi rekabentuk, iPhone 7 menampilkan wajah yang sama dengan peranti 2 tahun lepas namun ianya hadir dengan tambahan teknologi terkini yang mampu buat pembuat telefon pintar lain tidak senang duduk.

Peranti terbaru ini hadir dengan pemproses A10 Fusion yang 50% lebih berkuasa dari iPhone 6s sebelum ini. Ia juga hadir dengan kamera utama 12 megapixel dengan penstabil gambar (image stabilizer) selain speaker stereo buat pertama kalinya.

Kamera hadapan iPhone 7 pula dikemaskini dengan 7 megapixel — untuk keperluan selfie harian anda semua. Nora Danish pasti suka, hmm.

apple-iphone-watch-20160907-4975

apple-iphone-watch-20160907-4920

Menariknya kamera utama pada iPhone 7 Plus hadir dengan dual-lensa yang didedikasi khas untuk mengambil gambar dalam saiz lebar (wide-angle) dan juga 2 kali zoom optikal (telephoto).

iPhone 7 juga hadir dengan kebolehan kalis air dan habuk dengan klasifikasi IP57 yang memang dinantikan oleh para pengguna iPhone selama ini.

apple-iphone-watch-20160907-4793

iPhone 7 kali ini turut mengesahkan yang Apple membuang 3.5mm headpohone jack yang bermakna anda perlu menyambung earphone kegemaran anda melalui port yang sama anda gunakan untuk mengecas peranti ini. Hmm.

apple-iphone-watch-20160907-5180

Apple juga mengesahkan yang bateri pada iPhone 7 merupakan bateri paling bertahan lama dalam sejarah peranti itu. Sehingga 2 jam lebih lama berbanding iPhone 6.

apple-iphone-watch-20160907-5536

apple-iphone-watch-20160907-5679

apple-iphone-watch-20160907-5683

Anda berminat?

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here