Arab Saudi Melarang Wanita Bercuti Tanpa Kebenaran Lelaki

411
0
SHARE

Arab Saudi sedang mempertimbangkan undang-undang untuk mengenakan sekatan ke atas wanita yang ingin bercuti atau pun keluar negara tanpa kebenaran seorang lelaki.

Rancangan tersebut merupakan dalam siri “memodenkan” pembaharuan yang telah mencetuskan kontroversi di dalam kerajaan .

Undang-undang yang dikuatkuasakan sekarang, memerlukan wanita yang berumur di bawah 45 untuk memberikan bukti bahawa mereka mempunyai kelulusan daripada penjaga lelaki mereka atau “mahram” sebelum memulakan perjalanan, walaupun di dalam negara, dan mereka harus ditemani pada setiap masa.

Tetapi pada pelancaran untuk kempen terbaru di Jeddah bertajuk “Pasport anda, Pengenalan Anda”, ketua pengarah pejabat pasport negara itu berkata, peraturan baru itu nanti akan akan menilai dokumen perjalanan berdasarkan sebab perjalanan, bukan umur.

Mejar Jeneral Sulaiman al- Yahya berkata, mengenai peraturan baru yang sedang dirangka, wanita tidak lagi perlu memohon kebenaran terlebih dahulu untuk melancong dari pelbagai kementerian,” katanya.

Arab Saudi adalah satu-satunya negara yang melarang wanita daripada memandu
Arab Saudi adalah satu-satunya negara yang melarang wanita daripada memandu

Namun, peraturan tersebut mendapat reaksi ejekan daripada pengguna media sosial Arab Saudi dengan hashtag “Kawalan perjalanan ke atas wanita Arab “.

Terdapat kebimbangan bahawa peraturan baru tersebut masih memerlukan wanita untuk mempunyai pengawalan setiap masa.

Terdapat komen sinis daripada seorang pengguna media sosial, mencadangkan peraturan baru tersebut mungkin memerlukan “seorang pegawai polis untuk melancong dengan setiap wanita dan cip elektronik untuk mengesan lokasi mereka “.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here