Bapa Terkejut Anak Perempuan 13 Tahun Terjebak Dalam Pelacuran

3437
1
SHARE

Seorang bapa di Shenzhen, terkejut apabila mengetahui anak perempuannya yang baru berusia 13 tahun terjebak dalam aktiviti pelacuran selepas terbaca mesej di telefon bimbit anaknya.

Mesej tersebut adalah perbualan antara anaknya dan majikannya, yang merupakan seorang gadis berusia 18 tahun.

Advertisement

Bapa, yang hanya dikenali sebagai Gong ini berkata, dia memeriksa telefon bimbit anaknya apabila dia merasa curiga dengan aktiviti anaknya itu sejak bulan April lalu.

“Dia menjadi mudah marah, jarang sertai aktiviti sekolah dan mencuri wang, ” kata Gong.

“Baru-baru ini, dia tidak pulang ke rumah walaupun saya sudah menghubunginya.”

Gong terkejut apabila dia terbaca mesej di antara anaknya, Xiaoqing, mengenai harga yang dikenakan jika tidur bersama majikan gadis tersebut, yang di kenali sebagai Jin Yiwen pada 31 Julai lalu.

teengirl-protitute-6

Dengan menggunakan nama Xiaoqing, Gong mengatur pertemuan bersama Jin di sebuah hotel. Pihak polis turut serta ke lokasi berkenaan dan memberkas Jin dan juga beberapa lelaki yang terlibat dalam sindiket pelacuran tersebut.

teengirl-protitute-5

Gong juga memberitahu kepada pemberita, lebih 10 orang gadis dari sekolah anaknya turut terlibat dalam sindiket pelacuran.

teengirl-protitute-2

“Tugas ini mudah ,” Xiaoqing memberitahu kepada pemberita. “Saya boleh mendapat sekurang-kurangnya 200RMB satu masa. Kadang-kadang, saya dapat tips tambahan.”

Xiaoqing akan memberitahu pelanggan bahawa dia berusia 15 tahun, seperti yang dicadangkan oleh Jin, tapi tiada seorang pelanggan pun yang pernah bertanya tentang umunya.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here