Berlian Biru Terbesar Di Dunia ‘Oppenheimer Blue’ Bakal Dilelong RM175 Juta

2890
0
SHARE

Batu berlian warna semulajadi biru dengan saiz paling besar dalam sejarah akan dilelong pada satu acara di Geneva, Switzerland pada 18 Mei 2016 ini. Batu berlian 14.62-carat yang diberi nama Oppenheimer Blue bersempena dengan nama pemilik sebelum ini, Sir Philip Oppenheimer (yang mana keluarga memiliki milikan ke atas syarikat De Beers selama 80 tahun sebelum dijual kepada syarikat lain).

Batu berlian ini yang dikategorikan sebagai paling biru dan terang warnanya ini dijangka akan terjual antara US$38 juta sehingga US$45 juta (~RM175 juta).

Advertisement

Rekod pembelian batu berlian biru sebelum ini dipegang oleh seorang billionaire Hong Kong, Joseph Lau yang membayar sejumlah US$48.4 juta untuk satu berlian biru 12.03-carat juga di Geneva.

Lelongan Oppenheimer Blue dijangka akan memecahkan rekod tersebut. (via Bloomberg)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here