Datuk Aliff Syukri Taja Kedah RM30 Juta Untuk Tiga Tahun

3408
0
SHARE

Menurut laporan terbaru Utusan Malaysia, Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) kini dalam peringkat akhir untuk menerima tajaan bernilai RM30 untuk tempoh tiga tahun akan datang dari D’Herbs Healthy Sdn. Bhd yang diterajui Datuk Aliff Syukri.

Presiden Kedah FA, Datuk Seri Ahmad Basha khabarnya akan menghadiri satu pertemuan terakhir dengan Datuk Aliff Syukri untuk menetapkan langkah terakhir sebelum D’Herbs sah menjadi penaja utama pasukan dari utara Malaysia itu.

Advertisement

Tajaan bernilai RM30 juta ini sekaligus memadamkan rekod tajaan besar yang dipegang oleh Vida Beauty yang menaja pasukan Kelantan untuk RM20 juta. Perkembangan yang baik sebenarnya untuk perkembangan dunia bola sepak Malaysia.

Laporan juga ada menyebut yang Datuk Aliff Syukri meminta KFA untuk melantik dirinya sebagai salah seorang penasihat dalam persatuan bola sepak tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here