Datuk Siti Nurhaliza Kongsi Tip Buat Suami Setia!

33444
2
SHARE

Pejam celik usia perkahwinan Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa sudah mencecah 10 tahun.

Pasti ramai yang tidak tahu, pada tahun 2010, Datuk Siti dan suaminya, pernah diiktiraf oleh E! News Asia sebagai Pasangan Selebriti Ketiga Paling Berkuasa di Asia.

Kalau tengok video Datuk Siti dan suami di Instagram sentiasa nampak manja je.

Pasti ramai wanita diluar sana nak tahu apa yang Datuk Siti lakukan untuk pikat hati suami!

1. Sentiasa saling menghormati

“Apabila berkahwin dengan suami, saya juga menerima kehadiran anak-anaknya. Itu adalah tanggungjawab saya. Alhamdulillah, saya kira sifat saling menghormati diantara satu sama lain adalah kunci untuk mengutuhkan jalinan kekeluargaan ini.”

2. Masakan pengikat kasih sayang

“Suami saya orang Kedah tapi sejak berkahwin dengan saya, dia menggemari ikan patin masak tempoyak. Mungkin ini antara menu pengikat kasih sayan kami sebab saya akan masak sendiri untuknya.”

Alhamdullillah, masih di beri kesihatan & kesempatan utk menikmati pemberianNYA ..Terima kasih ALLAH ❀️

A photo posted by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

3. Pergi bercuti untuk eratkan ikatan suami isteri

“Biasanya suami saya akan akan mencadangkan destinasi percutian dan berbincang bersama kami sekeluarga. Adakala kami pergi berdua dan ada masanya dengan anak-anak.

#ctdkation #day5 #familybonding #sevillespain

A photo posted by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk) on

4. Eratkan hubungan dengan anak-anak

“Suami dan anak-anak memang sukakan percutian di pantai dan gemar mencuba semua aktiviti atau permainan ekstrem. Saya juga mula terikut-ikut hobi mereka.”

Kredit: Majalah Jelita

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here