David Beckham Dinobat Sebagai Lelaki Paling Seksi Tahun 2015

495
0
SHARE

Bekas pemain bola sepak England, David Beckham dinobatkan sebagai Lelaki Paling Seksi Tahun 2015 oleh majalah selebriti terkenal People.

Berita tersebut di umumkan oleh Jimmy Kimmel menerusi temu bual bersama Beckham dalam rancangan Jimmy Kimmel Live, semalam.

David Beckham merampas takhta tersebut daripada pelakon terkenal Cris Hemsworth yang memegang gelaran Lelaki Paling Seksi Tahun pada tahun lalu.

people-cover

“Ia merupakan penghargaan yang besar. Saya sangat teruja untuk menerimanya.

“Saya tidak pernah rasa saya seorang yang menarik dan seksi. Saya suka memakai pakaian yang menarik, tetapi saya tidak pernah rasa ianya sesuatu yang seksi,”katanya.

305970-david-beckham

 

Bintang berusia 40 tahun itu merupakan bapa kepada 4 orang cahaya mata dan dia merupakan atlet pertama dianugerahkan gelaran tersebut.

Lebih lucu, anak sulungnya iaitu Brooklyn tidak percaya dengan berita tersebut.

david beckham hnm

“Anak saya Brooklyn berkata, bukan dia ke yang patut di gelar lelaki paling seksi?” tambahnya lagi.

Apa yang pasti, David Beckham sememangnya layak untuk mendapat gelaran tersebut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here