Denda Sebanyak RM1.17 Juta Akan Dikenakan Jika Layari Laman Lucah

492
0
SHARE

Abu Dhabi: Pihak berkuasa Emiriah ini memberi amaran keras kepada penduduk negara itu supaya tidak menggunakan atau melayari laman lucah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya, Jabatan Kehakiman berkata, pesalah boleh dikesan dengan mudah dan berdepan hukuman penjara sekurang-kurangnya enam bulan serta denda sehingga Dh1 juta (RM1.17 juta).

Advertisement

Pihak berkuasa Abu Dhabi berkata, ia mempunyai teknologi untuk mengesan mereka yang mengguna, melayari atau memuat turun program lucah di Intenet.

Menurut kenyataan berkenaan, pihak berkuasa dengan kerjasama sistem keselamatan bertauliah di luar negara baru-baru ini mengesan dan menahan enam lelaki yang terbabit dalam kegiatan itu.

“Pihak berkuasa tidak akan bertolak ansur dengan kesalahan seperti itu, lebih-lebih lagi yang membabitkan filem lucah kanak-kanak,” menurut kenyataan yang disiarkan akhbar ‘Al Bayan.’ – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here